Pages

Thursday, July 8, 2010

Hari Rabu- 7 Julai 2010

Hari ini hari ke-2 aku puasa ganti. Dah tinggal sebulan nak puasa baru terhegeh-hegeh nak ganti. Pejam celik rupanya tinggal sebulan aje nak puasa, lepas tu raya. Aku rasa baju raya aku masih lawa lagi. Hee lepas ni misi mencari baju raya pulak. Yey!!.

Memandangkan hari ni aku puasa dan member se-ofis pun puasa juga, so kitorang decide untuk buka puasa sama-sama. Lokasi makan, kedai kecil kat area bandar JB. Toleh kiri kanan, rupanya dekat dengan Kotaraya. Apasal la aku selama ini tak perasan. Sememangnya aku begitu.

Tomyam-ok, telur bungkus-ok, kailan goreng-ok, ayam sambal-not so.

Ignore the hungry faces, korang tengok kelapa tu besar macam periok nasi.

Hoo..nak update pasal kes besfren ku yang kena hentam sebab dah lupakan kitorang. Rasanya isu tu dah setel setelah aku meng'sms' dengan agak direct juga. Hehh...sorilah kawan-kawan, kalau dah ayat-ayat lembut tak berapa meresap dalam otak, kekejaman jua lah yang berkesan.

Hari ini mengadap bos aku, memang tak sah kalau tak mengadap dia. Kenapa ehh? aku pun tak tau lah. Ada je benda yang nak ditanya. Lepas tu dengarlah luahan hati kesedihan dia dengan dia punya superior. Masalah duit lah, masalah apa lagi. So adakah aku kesian dengan dia? Jawapannya-tidak. Sebab? sebab aku lagi kesian dengan diri aku sendiri. Huahua. Eeii..

Malam ni aku berjaya juga buat gula durian. Buat sendiri tau. Tapi mintak resepi dari member aku. Ini gara-gara semalam bukan main tamak lagi bawa balik durian 2 biji. Tapi berjaya makan beberapa ulas aje. Ini adalah angkara nafsu lapar yang tidak dapat dikawal. hehhh..Lepas  ni boleh makan biskut/roti sapu gula durian.
Inilah dia gula durian.


1 comment:

~*irjune*~ said...

sbb tu ada negara buat peritah kuku besi nak kasi aman negara. kita bg ayat lembut, boleh plak nak balas ayang emo2...hah kao...amik sekali ahfie melaser...

aku dah habis dah bayar pose...skrg nak tggu posa datang je...ekkekeke