Pages

Tuesday, July 6, 2010

Majlis Tunang Wak Chem

Ini cerita hari Ahad lepas.
Sekarang ada kat dalam bas. Nak balik ke JB. Kereta aku tak siap lagi maka terpaksalah naik bas.

Malam tadi ada majlis tunang pakcik aku. Pakcik aku yang kehilangan isteri dah dapat pengganti. Bakal makcik aku ni pun saudara aku juga. Sebenarnya ni pertama kali aku tengok pak sedara aku tunang. Hehe, geli hati pun ada juga. Yelah siap balas-balas hantaran segala. Set mekap pun ada juga. Simplysiti lagi. Paling best hantaran dari belah lelaki lagi banyak daripada belah perempuan. Camne tuh?

Bakal makcik, anak tok sedara aku sendiri. Dia janda kematian suami, pakcik aku kematian isteri. Hmm dah memang ditulis jodoh pakcik aku ni lebih dari satu kot. Majlis simple sahaja. Cakap-cakap lebih kurang, lepas tu terus sarung cincin. Tukang sarung cincin-kakak arwah makcik aku. Majlis nikah pula bulan depan.

Nampak gaya raya nanti pakcik aku beraya dengan family baru. Dah lepas sarung cincin, jamuan makan nasi ayam. Sedap. Pukul 10 majlis bersurai, semua kelam kabut nak balik rumah, tengok Argentina vs German. German menang 4-0. Aku rasa Argentina main tak berapa best malam tadi.

Balasan dari pihak makcik

Semua dok khusyuk dengar. Aku sibuk melilau

Baju biru ni bakal mak sedara baru aku.
Yang baju hijau tu cousin aku, kira tengah ambil blessing dari bakal anak tiri.

Dapat bunga rampai sejemput. Apa motif? tah?

No comments: