Pages

Saturday, January 22, 2011

Makan Buah, Cara Betul & Sihat

Malam minggu kat kampung, adik saya tengah layan 3 Idiots. Saya pula dah tak boleh layan, dah banyak kali tengok. Belek-belek koleksi Wanita mak dan saya jumpa satu artikel bagus. Sebenarnya dah lama juga saya tahu pasal ini, tapi jarang-jarang diamalkan.

Semoga memberi faedah.

"Cara yang betul makan buah ialah buah harus dimakan sebelum makan. Tujuannya agar buah dapat memainkan peranan utama untuk menyahtoksid daripada sistem badan, dan memberi tenaga bagi pengurangan berat badan dan melakukan aktiviti lain.

Cara ini juga boleh mengelakkan sendawa, kembung perut dan cirit birit. Uban, keguguran rambut, stress dan gelung gelap bawah mata juga tidak akan terjadi sekiranya makan buah dengan perut kosong.

Sebagai contoh, anda makan 2 keping roti dan sepotong buah. Buah tersebut sudah boleh masuk terus ke usus untuk penghadaman tetapi telah ditahan oleh roti. Seluruh makanan yang melalui proses penghadaman akan berubah menjadi asid. Saat buah bercampur dengan makanan lain dan jus penghadaman lain dalam perut, keseluruhan makanan menjadi rosak.

Sekiranya anda mengamalkan pemakanan buah yang betul, makan anda memiliki rahsia kepada kecantikan, kesihatan, keceriaan dan mampu mengekalkan berat badan.

Anda juga disaran minum jus buah segar bukan daripada pek atau botol. Jangan minum jus buah yang dipanaskan serta buah yang telah dimasak kerana ia menghilangkan khasiat yang ada. Anda hanya mendapat rasa bukan khasiat buah tersebut.

Makan sebiji buah adalah lebih baik daripada minum jus. Sekiranya anda perlu minum jus, teguk perlahan-lahan agar ia boleh bercampur dengan air liur sebelum menelannya.

Anda boleh berpuasa diet buah 3 hari untuk menyahtoksid. Hanya makan buah dan minum jus selama 3 hari untuk mendapatkan penampilan yang berseri-seri." - majalah Wanita, Februari 2010.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: