Pages

Monday, February 7, 2011

Cuti dan Wedding

Musim cuti sekolah mesti sekali dengan musim orang buat kenduri kahwin. Padahal cuti sekolahnya seminggu sahaja. Saya mengisi cuti CNY saya dengan majlis walimatulurus sepupu saya. Adik beradik, dua hari berturut-turut. Sabtu dan Ahad.

Wedding 1 - Sabtu 05/02/2011

Tempat pengantin perempuan kat Bukit Gambir, Muar. Majlis nikah pukul 10.00 pagi. Jadinya kitorang semua bertolak pukul 7.30 pagi. Ikut jalan lama, memang sengal. Tapi nak buat macam mana dah rombongan semua kata ikut jalan lama. Saya folow aje. Jalan Muar memang saya tak expert pun. Jarang-jarang pergi sana. Masa tunang pun saya ikut hantar, tapi dah tak ada memori camne nak pergi sana. Sepanjang jalan tu memang nampak la khemah orang kenduri. Standard la kan. Musim kenduri. Sampai sana lebih kurang 9.45. Majlis start pukul 10.15. Ada masa nak berehat-rehat sekejap, touch up mekap dan betulkan dulang-dulang hantaran yang senget-senget.


Ini hantaran dari belah kitorang, lelaki. Ada 11 dulang

Zoom sket. Bunga ros beli dari KL.
Nape dari KL, sebab sepupu saya jumpa kedai bunga yang memang murah.
Lagi satu tahan lama roses ni.

Ini dari belah perempuan. Memang diorang ni pakat pakai raga buat bekas hantaran.
Tapi diorang punya ada tiang. Susah kitorang nak sumbat kat bonet kereta.

Sepupu saya Arif, wife dia Aisyah, mata terpejam pula. Pengapit lelaki tu adik saya Omar.
Bidan terjun jadi pengapit. Baju melayu pun pinjam. Kalau tak dia kene jadi orang yang bayar tol tu.

Ini masa sanding. Pelamin cantik.

On the way balik, kitorang beli durian. Ni kat jalan Tangkak, nak masuk hiway. Isi semua elok, tapi mahal yang amat. RM8/kilo. Lepas tu sikit punya azab, jalan sesak nak masuk hiway.
Kat hiway pun sesak boleh tahan. Konon la kan tak nak lalu jalan kampung, nak lalu hiway.


Wedding 2 - Ahad 06/02/2011

Disebabkan semalam amat meletihkan jiwa dan raga. Hari ni 50-50 je nak pergi ke tak. Pukul 7.30 tu bangun tidur macam biasa. Sebenarnya awal dah bangun, tapi nak tunggu juga mak kejutkan, saja. Tapi dia tak kejutkan saya pun, tak jadi pergi agaknya lah kot. Tengok-tengok muka dia aje, terus dia tanya nak gosok baju ke tak. Jadi pergi rupanya. Yang ni kat Batu Pahat aje, menikah aje, tak ada sanding-sanding. Tak de la lama sangat. Pukul 8.45 gerak dari kampung, pukul 9.15 dah sampai. Nikah lepas tu terus makan. Nasi beriani lagi sedap dari yang semalam punya. Tak ada banyak gambar, gambar pengantin pun saya tak sempat nak snap. Pengantin tak bersanding pun, ambil wajib aje.


Ni hantaran dari lelaki (pink) dan perempuan (purple)

Zoom sikit. Hantaran dia memang menarik, buku-buku sejarah Islam. 
Bunga yang ni warna lembut. Sweet aje kan

Saya paling suka dulang cincin ni. Comel sesangat!!

 

No comments: