Pages

Sunday, May 22, 2011

Kawan-Kawan, Mari Kita Bergambar

Hujung minggu ni duduk kat JB aje diam-diam. Jadi ada banyak masa untuk tengok tv, makan, minum dan mengemas. Jadi operasi kemas barang-barang pun bermula. Semua raga barang-barang mekap dibersihkan, mana yang tak pakai, buang terus. Kalau simpan pun gerenti tak akan pakai punya. Buku-buku susun semula. Ada makeover kat rak barang-barang saya. Habis semua saya lap. Nampak la kemas dan bersih.

Take a look at my little collection. Itu aje yang masih ada. Yang lain entah ke mana. Percaya tak, hampir semua perfume saya ada kisah di sebaliknya. Tapi lipstick beli sebab warna dan ada sale kat watson. Mestilah kan.

Romance: my first perfume
JLo: kirim orang kat Indon
Givenchy: bonus masa kerja kat rns
Zen: sempena kerja kat jb balik semula
Hugo Red: my best buddy sal bagi
Ralph RL: first beli online dan lama betul usha dia ni.
BodyShop botol merah:beli sama dengan ijun, during her trip to JB. Dia pun ada satu. Eh ye ke beb?
BodyShop Rose: yang ni really turns me on! So memang kena beli
AquaDGioia:duit lebihan cukai tahun ni. Boleh eh..
Eternity Summer:sebab bau dia best, tak sama langsung dengan eternity, tapi tak ada duit nak beli kat Parkson, so opt for online which is cheaper.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

~*irjune*~ said...

yela beb...body shop merah tu aku ada satu....botol2 semua dah simpan.

syaz said...

bodyshop rose tu kalo i x hasut mcm x jd beli jgk tu mula2..hehe

Rafeah Sapari said...

hehe, thanks to u, masa ni kan pinjam duit u, zaman kemiskinan.ahahaha.but it's worth buying it..