Kali pertama jejak kaki ke Penang, selepas Konvo tahun 2004. Kira aje lah berapa lama saya tak jejak kaki ke Penang. Awal-awal memang dah plan dengan Yani nak datang Penang untuk cuti tahun ini. Maklumlah tahun lepas kami tak dapat holiday. Macam-macam halangan dan kekangan. Ada yang tengah tak cukup duit, ada yang tengah belajar. Jadi tahun ni kitorang duduk 2 malam kat hotel.
Ok kita tengok cerita bergambar:
Sunset. Cantik kan. Sebab tu saya memang suka tepi laut. Tapi sebenarnya setiap kali kitorang holiday kat laut, tak pernah sempat nak tengok sunset. Subhanallah.
This is the most pic that I love. Inilah sebenarnya aktiviti kitorang, setiap kali bercuti. Acara main mekap-mekap, acara baju padan ke tak padan, acara try kasut walaupun saiz kaki masing-masing tak sama. Best Best Best....
This is Penang! Yey!!!
Ok, yang ni kat Fort Conwallis aka Padang kota.
Posing dengan Sir Francis Light yang telah disumpah menjadi batu.
Duduk santai kat tepi meriam. Gila panas waktu ni. Matahari kat atas kepala. Tapi digagahi juga. Saya rasa pelancong lain pun pelik tengok kami.
Melepek kat tembok batu. Yang ni kat Bukit Bendera. Selama ni nampak keretapi ke Bukit Bendera ni dari bawah aje, jadi kali ni impian nak tengok Penang dari atas bukit ni tercapai. Pemandangan cantik dan tempat ni masih sejuk. Dia ala-ala Bukit Tinggi Pahang tu. Tapi punyalah ramai manusia, beratur nak turun bukit pun dekat sejam. Fuhh letihh..Keretapi sudah baru ok! Computerized lagi. Tak ke canggih.
Makan time!! dapat kawang baru 2 orang. Diorang ni kawan-kawan Yani yang kebetulannya memang orang Penang. Secara tak langsung jadi pemandu pelancong sekali. Saya dapat pasembor dan char koew tiaw yang diidamkan sejak sekian lama. Nasi kandar tak dapat rasa. sobb sobb.
Night market kat Feringgi. Memang meriah, banyak cenderamata. Tapi kalau nak tau, kat sini memang banyak restoran Arab dan massage parlour. Muka si Ijun pun dah letih, tapi saya ok lagi. Ni tengah try RayBan. Nak beli yang ori kena kumpul duit dulu, takpe, kita try yang pirate punya dulu ok!
Last day. Baru sempat main air laut. Main kat depan Hardrock Hotel. Orang-orang yang duduk kat Hardrok ni tak reti nak mandi air laut agaknya. Kat depan Bayview ramai orang, sebab tu cari pot jauh sikit. Masa ni tengah malu-malu nak celup badan kat air laut.
Just before check out. Lepas ni balik ke Shah Alam. Berakhirlah percutian.
Kawan-kawan,
Lepas ni kita pergi mana pulak?
Hmm...
1 comment:
mana tudung terbang ni mek..?? hehe
Post a Comment