Day 1:
Inilah tempat kitorang tidur. Panuba Inn Resort.
Sila abaikan kekaburan itu, kerana gambar ni diambil dari tingkap feri yang macam tak pernah lap tu.
Muka-muka ceria kat dalam feri. Masa ni memanglah masih cun, lepas sejam, masing-masing muka dah naik hijau. Feri berombak, dengan nampak orang lain lalu lalang ke toilet belakang sebab nak muntah menambahkan lagi kehijauan muka. Tapi akhirnya berjaya juga mengharungi 2jam dalam feri dengan jayanya. Yeyyy !!
Jeti terakhir. Kampung Salang. Walaupun penat, posing itu harus ok. Nampak tak air laut tu. Memang jernih. Tak sabar nak mandi. Nampak tak rumah-rumah kat balik bukit tu. Menarik kan.
Yang ni kat Panuba. Jangan pelik, naik feri sampai Salang, tapi tidur kat Panuba. Nanti saya cerita dalam entri lagi satu. Panjang ceritanya, walaupun sedih, tapi ada hikmahnya. Masa ni tengah siap-siap nak mandi laut.
Lihat aksi dua orang manusia ni. Riang gembira macam orang dari planet lain yang tak pernah jumpa air.
Hari pertama berakhir dengan penuh pahit manis. Sebelah malam, tak ada apa-apa aktiviti. Makan sebelum pukul 9.30 sebab restoran akan tutup pukul 10. Kat sini ada resort dan sebuah restoran aje.
Day 2.
Pagi. Lepas gerimis, lepas tu ada pelangi. Pertama kali nampak pelangi yang lengkap. Sebenarnya ada 2, tapi yang kat belakang tu tak nampak. Soo sweeeet.
Acara mandi manda lagi. Teramatlah bestnya. Rasa macam nak berendam lama-lama. Tengok air dia sikit punya jernih. Main air sampai sakit dada. Kat Panuba ni orang tak berapa ramai, jadi bebas sikit nak main air. Main air pula stail macam orang jakun.
Ini pula aktiviti selepas penat main air. Konon-konon nak buat piramid dan tepek dengan corals ni. Tapi macam tak jadi. Tak pe lah, asalkan hati gembira.
Ok, waktu untuk balik ke Mersing. Bilik kitorang yang betul-betul mengadap jeti ni, tingkat tengah-tengah. Bilik dia memang best, ada hot shower, TV yang ada RTM1 dan RTM2 aje. Tu pun kitorang boleh layan.
Aksi kebosanan sebab tunggu feri lama, check-out pukul 12, naik feri pukul 2. Mamat yang lagi sorang tu orang Thai, lepas je kitorang ambil gambar ni, dia terus buka baju dan seluar, terjun. Lepas tu kawan-kawan dia pun join sekali.
Adakah saya gembira dengan percutian ini? Yaa!!
1 comment:
hahaha..yg plh kelakar part nk wat piramid pastu nk tepek coral..tp jadi ape tah, mcm kon jek..hehe :P
Post a Comment