Sedih tengok blog sendiri. Macam tak ada kasih sayang. Cuma ada 2 entri aje bulan lepas. Bulan ni pula tak tau la macam mana. Dengan header yang tak sempurna tu. Akan saya sempurnakan kalau ada masa terlebih. Harap-harap skin yang ini nampak segar.
Saya memang dah lama tak merapu kat dalam sini. Kita teruskan. Nak cerita pasal ofis baru. Dah sebulan lebih baru nak cerita. Tapi harapnya tak basi lagi. Saya rasa saya macam tak sepenuh hati kat sini. Sebab apa, tengok senarai di bawah:
Sebab satu : Saya rasa saya tak sempat sediakan mental saya untuk ke tempat baru. Last day kerja hari Jumaat. Selasa tu dah masuk tempat baru. Lepas tu walau pun secara asasnya buat design, tapi diorang punya approach memang lain. Jadinya nak masukkan input baru tu tanpa membuat mind analysis tu memang la susah. Lain la freshie, semua input terus masuk dalam kepala. Seminggu pertama totally honestly I don't know what to do.
Sebab dua: I have no friend! Enough said
Sebab empat : Saya rasa ofis baru ni terlalu harmoni la. Suasana kerja dia memang la tip top. Letak punggung kat kerusi terus aje start buat kerja. Kadang-kadang saya rasa kerja urgent ke tidak ke sama aje. Kalau drawing tak siap bos pun tak marah, cuma tegur aje lain kali coordinate betul-betul dengan drafmen. I came from a place where my employer really loves to shout and yell and get angry easily and lough loudly then suddenly work at such a quiet, organized place. Memang patut lah kepala ni susah nak terima. I need some noise please!!
Sebab lima : Saya rasa saya pindah tempat kerja ni tak cukup jauh. Patut pindah KL ke apa ke eh. Baru la nama dia tukar angin. Saya rasa sebelah kaki ni ada lagi kat tempat lama dan sebelah kaki dah kat tempat baru. Help I'm stuck.!! Memandangkan saya buat part time di tempat lama, makin la saya rasa saya masih lagi part of the company. But I'm no longer work there!
Harapnya ini semua akan berlalu. Saya bagi diri sendiri probation period 3 bulan. Kalau bulan ke-3 tu masih lagi rasa di awangan, maka haruslah cari tempat lain. Which is I've done it before during my time with EsaJP. Kerja tak sampai setahun dah tergedik nak berhenti.
I love my job
I love my job
1 comment:
dtgla saj amik i..bole mkn skali..ehhehe
Post a Comment