Pages

Monday, November 28, 2011

1433 Hijrah

Salam Tahun Baru untuk semua umat Islam. Kalau tahun baru Masihi kita semua sibuk dengan azam tahun baru, perkara tersebut patutlah dilakukan bermulanya bulan Muharram. Bukan setakat ambil cuti public holiday Awal Muharram. Niat saya tahun ini ingin memperbaiki diri supaya menjadi seorang yang lebih baik berbanding tahun lepas. Tak ada niat luar biasa. Sebab kalau luar biasa ini biasanya tinggal angan-angan sahaja. Lebih baik kita menghadapi realiti daripada mengejar fantasi.


Wednesday, November 23, 2011

Musim Hujan

Entri ini ditaip ketika hujan lebat. Saya duduk dalam ofis boleh dengar bunyi hujan. Kalau tak berapa lebat, memang tak dengar.

Musim hujan tiba lagi. Bumi Allah ini dilimpahi air yang mencurah dari langit. Bermula dari banjir di Thailand, negara kita juga berada di tahap berjaga-jaga.

Teringat terus peristiwa seluruh Johor dilanda banjir. Satu kampung air naik, semua orang pindah. Jalan raya macam laut. Yang penting ia bukanlah sesuatu yang menggembirakan.

Harap-harap peristiwa ini tak berulang lagi.

Semoga kita semua dilindungi Allah dari bencana yang menimpa.

Amin.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, November 18, 2011

Masa Merapu

Toleh ke belakang
Untuk apa
Untuk melihat masa lalu
Masa lalu yang sedih
Masa lalu yang gelap
Masa lalu yang suka
Masa lalu yang luka

Toleh ke belakang
Untuk apa
Untuk merenung perbuatan lalu
Perbuatan salah
Perbuatan betul

Toleh ke belakang
Untuk apa
Untuk apa lagi
Untuk memperbaik diri
Untuk menginsafi diri
Untuk memberi pengajaran
Agar menjadi lebih baik
Agar tidak berlaku salah

Toleh ke belakang
Adakah ia perlu



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, November 17, 2011

Thursday: Early Morning

I've just finished watching Hindi movie at ABO. Title too long to remember. But it's a good one. About best friends and life. How others understands each other thru fights, thru sports, thru love. How one can support one's decision, how one can overcome one's fear. Friendship is an amazing human bonding. Great gift from God. Just don't let them lose.

It's 2am and I'm working tomorrow. Sleep now!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, November 2, 2011

Konvo CT

Sebelum cerita menjadi basi, saya update kat sini aktiviti hujung minggu lepas. Kami satu family berhujung minggu kat Shah Alam sempena konvo diploma adik saya. Paling best, masing-masing datang dari tempat berbeza. Saya dari JB, Siti dari Segamat dan mak abah dari Batu Pahat. Masing-masing jumpa kat Shah Alam. Omar jadi despatch, driver kitorang semua, tukang ambil orang kt S.17. 

Kami semua duduk di Hotel De Art kat seksyen 7. Memang dekat dengan UITM. Kalau rajin google la hotel tu, quite nice and cozy. 

Macam biasa, tengok cerita bergambar aje lah. Dalam gambar ada cerita.


Our room. Masa ni suci lagi tak ada pencemaran. Tapi romantik kan. 
Setiap bilik wallpaper kaler lain-lain.


Konon-konon kan pelancong, so pakat masuk i-city.
Tak tau la cmne boleh buat pokok rupa ini. Kat belakang tu ada pameran apa ntah.


Masing-masing menghijaukan muka


Saya rasa ini paling cantik.


Sebelum masuk snow walk tu. Masa ni jual mahal tak mau masuk sebab rasa tak ada apa-apa kat dalam tu. Lagi satu sebab tengah sengkek, belum gaji maa...


Tapi akhirnya masuk juga. Tersengih-sengih amek gambar. Serius sejuk.



Hari konvo, Sabtu petang. Punyalah ramai umat manusia. Nak cari mak abah pun susah. 


Ct ni la yang ber'konvo' itu. Tapi hairan juga, kenapa kalau konvo aje, mesti ada bunga/teddy bear. 
Kalau bagi bende lain macam tak boleh aje. 

Ok, tamat cerita bergambar. hari Ahad tak ada aktiviti melainkan check out dan melawat sepupu kat S17. Dapat makan nasi minyak yang amat lazat. Yummyy...