Pages

Friday, March 25, 2011

Mimpi

Dua malam yang lepas saya mimpi. Bukan mimpi jumpa bos ok. Mimpi kena gigit kerengga. Sampai naik bulu roma dan bengkak-bengkak tangan saya dibuatnya. Bila saya tersedar tidur, terus pegang tangan sendiri. Hehe..mimpi aje pun. Tapi macam real. Saya pun tak faham kenapa dalam mimpi tu saya boleh berdiri kat tepi pokok jambu sampai kena gigit kerengga. Konfius eh..macam pasrah aje dengan sang kerengga.


Paling best, pagi yang sama bila saya tengah siap-siap nak pergi ofis, ada semut pulak gigit. Gigit kat mana? Kat tempat rahsia. Tiba-tiba je ada seekor tu tengah jalan-jalan kat panty. Hampeh punya semut. Ada banyak tempat boleh jalan, panty saya juga kau nak. Panty saya ada bau bunga ye cik semut?


Iskk..maka hari itu, hari semut di alam mimpi dan realiti.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kipasku Patah

Malam tadi tidur dengan ketidakselesaan. Golek sana, golek sini. Bilah kipas saya patah. Masa dia patah tu saya pun tak perasan bila. Yang saya perasan, waktu tengah makan tu, saya dengar bunyi macam benda jatuh. Saya ingat boys yang kat luar tu buat bising. Jadi buat tak tahu saja. Bila dah nak masuk bilik, macam ada satu bau pelik. Bau macam benda letrik panas. Masa tu baru saya perasan yang kipas saya masih 'on' tapi dia tak pusing. Rupa-rupanya 2 daripada 3 bilah kipas tu dah patah. Dia jadi stuck kt dalam tu so motor dia tak boleh pusing. Sebab tu jadi panas. Entah berapa jam saya pun tak pasti. Dah la memang panas tengah-tengah malam, tambah pula kipas rosak. Memang menambahkan stress.

Ohh sedihh..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, March 21, 2011

Pasal Cerita

Hari Jumaat yang lepas, saya ke tapak projek di Pagoh. Ada sedikit masalah, yang bukan kecil isunya. Saya datang dengan bos saya. Naik kereta dia. Mestilah kan. Kalau naik Kancil saya tak dapat lah dibayangkan. Sepanjang perjalanan dia bercerita. Cerita pasal dia kerja dulu-dulu, cerita pasal kawan-kawan dia, cerita pasal anak dia, cerita pasal staf ofis, cerita pasal projek sekarang dan akan datang, cerita pasal projek-projek yang pernah runtuh kat Singapore. Dia bercerita tak berhenti. Berhenti kalau dia hisap rokok aje. Banyak benda yang dia cerita. Pengalaman hidup dia memang banyak. 

Dari banyak-banyak cerita tu, saya paling suka yang pasal seorang kawan dia. Dia ada kompeni sendiri, lebih kurang sama macam bos sayalah. Selama 20 tahun, dia hanya ada 5 orang staf sahaja, kerja tunggang terbalik. Tapi akhirnya, 10 tahun kemudian, syarikat dia berkembang baik sehingga dia ada 50 staf. Dan dia bersara ketika kompeni dia berada di puncak. Lepas tu bos saya cakap dengan saya, dia tak tau dia boleh tunggu sampai macam tu sekali. Tapi expression muka dia tu memang dia harap kompeni ini akan berkembang baik. Hopefully.

Ada lagi cerita, pasal orang-orang yang dia kenal masa mula-mula kerja dulu. Diorang ada yang kerja cikai-cikai aje. Tapi sekarang pangkat bukan main besar lagi, ada CEO, ada yang jadi director. Diorang ni jenis yang setia, ada yang kerja sampai 20 tahun. Bos saya cakap, "with the right company, with loyalty and hardwork, you'll excell". Saya tak tau, saya boleh setia selama tu. Tengoklah macam mana.

Cerita paling biasa tapi hari Jumaat tu saya dengar lebih detail ialah pasal staf, pasal ofismate kitorang sendiri la. Cerita pasal orang tak puas hati kat dia, cerita pasal asik dia je yang jadi orang jahat, tukang marah. Cerita pasal duit kompeni datang dari mana. Ada macam-macam cerita la. Tepu juga telinga saya. Tapi saya dengar aje. Bagi peluang dia buat luahan.

Dari pukul 10.30 pagi kitorang bertolak, sampai kul 5.30 petang kitorang sampai JB balik, saya rasa dia telah 'release'kan tension dia dengan bercerita. Saya pula yang tepu. Adehh..

I think I'm a good listener.

Yeke?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, March 20, 2011

Bila Tak Ada Karen.

Ini cerita hari Khamis lepas. 

Last blackout was about two weeks ago. Memang seronok sebab black out pukul 5.30 petang. Terus malas buat kerja.

Yang hari Khamis semalam, kena pukul 10pg. Masa tu kitorang baru lepas breakfas. Saya makan roti canai Pak Atan. Masuk ofis pukul 9. Pukul 10 baru nak start kerja. Biasalah kan. Kena isi perut dulu, baru ada tenaga. Masa tu pun bos saya baru lepas kol. Sepatutnya pagi tu dia ke Singapore dengan ofismate saya, Leong drafmen yang merangkap driver merangkap juga sebagai guard bos saya bila time gaji, eh yeke kau guard bos?. Tapi pospon, nak pergi lambat pula. Leong terus tidur. Kalau u all kat sini, mesti u all terkejut, betapa cepatnya dia tidur. Cakap je nak tidur, lepas tu terus dengar dia kroh kroh kroh.

Ok, kita tinggalkan Leong dalam lena.

Tinggal la kami yang girls 4 orang. Masa tu saya tengah pening kepala nak draf surat. Siapa yang tak pening, buat surat nak tembak orang. Sambil-sambil discuss camne nak draf surat tu, macam-macam perkara juga yang kami borak kan. Tapi saya la orang pertama buat cerita. Cerita saya dan kawan baru saya. Pasal apa tu, nanti kita cerita. Lepas tu cerita pasal perkara-perkara yang jahat yang pernah kita buat. Tu pun saya yang cerita juga. Diorang ni tak nak cerita pula. Tak apalah, itukan hak mutlak tuan punya badan. Saya ok saja. 

Banyak lagi perkara-perkara yang agak sensitif yang kami bincang dalam ofis yang gelap dan panas. Panas sebab tingkat ada 1, tak cukup pengudaraan. Lama-lama bau karpet pun naik. Hapak tak boleh tahan. Mana tak hapak, setakat vakum 2 kali seminggu, orang keluar masuk hari-hari.

Sampai waktu lunch, masih blackout lagi. Masa tu bos saya dah kol, minta kompeni profile yang dia suruh saya buat dari Isnin lagi. Saya betul-betul tak ingat langsung. Apasal tah, memang langsung tak masuk memori. Boring punya pasal, kitorang semua lunch kat Larkin Perdana. Harap-harap lepas lunch keadaan dah ok. Nasih baik bila kitorang balik dari makan, ofis dah ada karen macam biasa.

Masa tu baru tersedar, tempat yang kitorang buat pot borak tadi, memang bersepah. Kertas draf surat tu dah habis kena conteng. Ada bintang-bintang, ada lukisan muka saya yang tak serupa saya. Macam-macam lagi. 

Tapi apa yang saya nampak ialah, 2 environment which is totally different. Even it's the same place. We are more sensitive and more close with each other in the dark. You'll be more relax and easy to express, share your feelings. Bila ofis tu terang, perasaan relax dan keterbukaan tu dah tak ada. Totally opposite.

Saya tak tau orang lain macam mana. Tapi itu yang saya rasa.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, March 19, 2011

Belajar

Ini adalah gaya belajar yang terkini. Meja kat depan sikit punya besar, tapi masih nak belajar kt meja kecil. Kaki siap terjulur lagi. Sambil diperhatikan oleh Mak Abah yang buat-buat tak amek pot. Tengok berita lagi best dari ngadap adik gebu belajar.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, March 16, 2011

Perihal Surat

Bos saya baru lepas telefon. Minta saya draf surat kepada kontraktor, pasal apa biarlah rahsia. Dia mau 2 mukasurat tau. Kalau 2 perenggan ok lagi. Apa saya nak story kat dalam surat tu. Apa yang bos saya cakap dalam telefon pun saya tak sempat tulis. Saya cuma sempat tulis 3 perkataan aje daripada banyak-banyak benda yang dia cakap. Dah sejam saya draf, baru dapat satu perenggan.

U all ada idea?



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, March 13, 2011

It's Three Zero

Alhamdulillah, syukur saya panjatkan kepada Yang Maha Esa kerana memberi saya hayat sepanjang ini.

Alhamdulillah, syukur saya panjatkan kepada Yang Maha Esa kerana memberi saya kehidupan yang amat bermakna.

Alhamdulillah, syukur saya panjatkan kepada Yang Maha Esa kerana saya masih dapat merasa nikmat hidup sehingga kini.

Alhamdulillah, syukur saya panjatkan kepada Yang Maha Esa kerana memberi saya rezeki yang tidak terkira.

Alhamdulillah, syukur saya panjatkan kepada Yang Maha Esa kerana memberi saya ujian dan peringatan agar saya sentiasa di jalan Mu.

Alhamdulillah..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, March 8, 2011

Jajan

Ingat lagi tak jajan ni. Dulu masa balik sekolah agama mesti beli jajan ni kat kedai sebelah sekolah. Kitorang panggil Kedai Nenek. Sekarang jajan ni semakin mengecil. Kos pengeluaran yang semakin mahal dan segala bende mak nenek yang mahal telah menyebabkan jajan ni turut mengecil. Isi dalam tak yah cakap la. Tapi saya rasa dulu lagi sedap. Sekarang dah tak berapa sedap tapi boleh layan lagi.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, March 3, 2011

It's March

Hello, it's been a while since February. A lot of thing happened in this 2 weeks time. Not really busy with my job, but then I really got no idea to write anything. The scary thing is I'll be hitting the big 3-0 this month. Heee..

I had a movie night out with my girlfriends last night and we have The Black Swan. A good movie, which potrays the dark side of a ballerina. Looks gracefully on stage, but then, the reality is bitter. Tapi ada aje part yang tak berapa senonoh. Jeng jeng..tengok sendiri lah.

Ili moved out last week and we don't have TV (the TV is hers). Ada siapa-siapa nak sponsor TV tak. TV will come after gaji. Of course la kan. And we have a new housemate. Intern student from UKM. She'll be staying for a month only. After that, scouting for a housemate again. Aaahh...what a tiring and unproductive job. Nasib baik ada Mudah.

Lagi nak merapu apa, macam buat karangan darjah 6 je, 150 patah perkataan. Ehh rasanya tak sampai 150 patah pun.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.