Pages

Tuesday, May 31, 2011

Hospital Kucing

Mak saya baru lepas kol tadi.
Dia punya dialog lebih kurang macam ni.

Mak: kau nak tau rumah ni da macam hospital kucing dah
Saya: haa apasal?
Mak : ye la, kucing kau sakit perut, kucing Apit sakit kaki. Dua-dua abah dah kurung. Tidur rumah masing-masing. Tinggal mak kucing je ni yang sihat. Jalan ke hulu ke hilir.
Saya : apasal dia sakit perut
Mak : ntah la, banyak sangat minum susu agaknya. Memang dia nak susu aje. Mak pun bagi je la. Bagi dia gemok cepat sikit.
Saya : hahaha..ye la kot..ala dah la dia kudut aje, sakit perut pulak. Habis tu kucing Apit kenapa sakit kaki.
Mak : terseliuh agaknya. Hahaha..tadi Apit terpegang kaki dia, dia marah.
Saya : habis, kucing tu kan tak suka kena kurung.
Mak : kalau tak ada orang, dia diam aje. Kalau nampak Apit ke Siti ke, baru dia bising-bising.
Mak : haa ok lah, dah habis iklan. Nak sambung tengok Asmara.

Well that's my mom.

Tapi memang serius kelakar. Telefon saya semata-mata nak beritahu alkisah kucing kat rumah. Sepanjang cerita Asmara tu saya ketawa tak berhenti-henti.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, May 26, 2011

IBM Appreciation Dinner

Semalam, housemate saya Kak Ros kol, Kak Ita ajak dinner di Thistle. Mula-mula ingat makan buffet ke apa. Rupa-rupanya IBM yang anjurkan. Punyalah internasional. Paling best saya register atas nama hotel tempat Kak Ros kerja. Lepas tu girl kat sebelah cakap muka saya macam familiar. Dia tanya saya, sebelum ni pernah kerja kat mana. Saya goreng je lah, cakap kerja merata. Tapi memang pun. Dah habis dinner tu, semua ambil gambar sesama. Walaupun tak ada kena mengena, belasah aje lah.

Menu paling menarik, fish lips soup. Sup bibir ikan ok. Habis semua ikan tak ada bibir. Ala-ala sharkfin soup. Tapi rasa dia ok aje. Overall, Mutiara taste better. But Thistle's Ballroom really nice.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, May 25, 2011

Kitty

Mera nam Salman...Salman Khan..Nak juga ada khan kat hujung tu...

Day 1 Salman kat rumah, dia berak atas kapet.

Hari ni tak tau apa cerita. Kita tengok aje.

Berak atas paper tak pe.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, May 22, 2011

Kawan-Kawan, Mari Kita Bergambar

Hujung minggu ni duduk kat JB aje diam-diam. Jadi ada banyak masa untuk tengok tv, makan, minum dan mengemas. Jadi operasi kemas barang-barang pun bermula. Semua raga barang-barang mekap dibersihkan, mana yang tak pakai, buang terus. Kalau simpan pun gerenti tak akan pakai punya. Buku-buku susun semula. Ada makeover kat rak barang-barang saya. Habis semua saya lap. Nampak la kemas dan bersih.

Take a look at my little collection. Itu aje yang masih ada. Yang lain entah ke mana. Percaya tak, hampir semua perfume saya ada kisah di sebaliknya. Tapi lipstick beli sebab warna dan ada sale kat watson. Mestilah kan.

Romance: my first perfume
JLo: kirim orang kat Indon
Givenchy: bonus masa kerja kat rns
Zen: sempena kerja kat jb balik semula
Hugo Red: my best buddy sal bagi
Ralph RL: first beli online dan lama betul usha dia ni.
BodyShop botol merah:beli sama dengan ijun, during her trip to JB. Dia pun ada satu. Eh ye ke beb?
BodyShop Rose: yang ni really turns me on! So memang kena beli
AquaDGioia:duit lebihan cukai tahun ni. Boleh eh..
Eternity Summer:sebab bau dia best, tak sama langsung dengan eternity, tapi tak ada duit nak beli kat Parkson, so opt for online which is cheaper.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Karier Dengan Zodiak

Pisces:

Pisces yang emosional dan penuh mimpi akan terus berusaha mencapai keseimbangan antara apa yang mereka inginkan dan keperluan untuk berprestasi. Mereka senang membantu dan berkongsi dengan orang lain. Pisces sesuai menjadi penternak, ahli biologi, seniman, doktor, pemuzik, ahli psikologi.

Emosional - ya
Penuh mimpi - maksudnya kuat berangan ke? Ye lah kot.
Senang berkongsi - macam tak berapa betul.

Tapi bab kerjaya tu ada masalah sikit. Saya engineer. Tak sama langsung dengan apa yang diorang senaraikan. Ataupun saya telah salah pilih kerjaya. Kalau macam tu saya nak pilih kerja apa eh, ahli psikologi macam best juga.

Ololooo...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, May 18, 2011

This one is for me

This one costs RM35 as indicated in the price tag. But then I bought it at RM20. It caught my eyes instantly, but I only have RM25 in my purse. So I told the shopkeeper that I only have RM20, but I want to buy this (mesti simpan RM5 untuk emergency, if any, tak boleh biarkan dompet kosong terus). At first she refuse to sell and still want to nego, then a group of tourist swarmed her stall and she quickly wrap and let me have it at RM20. Yayyy!!

Agaknya dalam hati dia, baik aku layan tourist lain dari layan perempuan ni.

This is what you call "Shop till you drop". Belanja sampai licin duit.

Then I went to another stall which is very much like a gallery, and saw similar item sell at RM29. Kedai lain tak tau lah. Anyway it's all about you and how smart you are as a customer.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, May 14, 2011

Day 1 Part 1-Perlis

Pukul 8 pagi jejak kaki buat kali ke-3 kat Perlis ni. 12jam naik bas dari Batu Pahat ok. Gila sengal. Lepas ni nak gerak ke Penang pula. Yahooo!!

Best kan belakang rumah ada bendang. Hijau aje. Tak ada la kusut serabut kepala. Tapi kat sini panas. Yang amat.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.