Pages

Tuesday, March 13, 2012

Pembelian

Akhir-akhir ini saya telah membuat beberapa pembelian yang agak besar. Pertama, saya beli perfume baru di Impian Wanita (sila google website untuk melihat perfume). Walaupun sebenarnya saya baru sahaja beli perfume Zen bulan Januari lepas. Belum nampak pun luaknya. Tapi oleh sebab keinginan untuk mencuba membeli secara online di Impianwanita ni terlalu membuak-buak, maka selamba aje lah. Harga agak murah sebab tak ada kotak. Apa rupa bau dia pun saya tak pernah tau. Dalam hati cakap, tak apa, try aje dulu, lagipun tak berapa mahal, kalau bau tak sedap tak ada lah rugi sangat. 

Hari ni perfume saya sampai dan bau dia, boleh diterima. Saya rasa bau dia manis, tapi ada oriental sikit. Esok boleh pakai pergi kerja. Botol dia memang cantik. Siapa yang suka kumpul botol, saya galakkan beli sebab botol dia, entah bentuk apa, tapi cantik.

(imej google)


Perkara kedua ialah saya dah beli henfon baru. Perkara telefon ni memang dah beberapa minggu dah plan nak beli. Sebab Blackberry Curve saya ni getah kat tepi dia dah terkopek. Nampak macam henfon berlubang. Plan nak beli Blackberry Bold pula, tapi entah macam mana tersuka kat sejenis henfon ni, dan beli terus. Adik saya cakap apa tau, "Kak, muka kau kan excited gila masa tengok henfon ni". Masa tu memang tak tau apa reaksi muka. Apa yang boleh saya katakan masa tu ialah "Wah bestnya henfon ni, kaler hot pink lagi, cukup duit beli terus, cantik cantik, yes yes, nak beli nak beli" . Paling best, lepas beli nak la berlagak dengan Ijun, sekali tu dia pun beli juga, hari yang sama, petang yang sama. Amazing kan. Dia beli warna biru. Masing-masing plan nak beli henfon lain, tapi akhirnya graviti Lumia ni paling kuat tarik. 


(imej google)
Warna pink dia lain sikit. Lebih terang sebenarnya. Kalau nak tau tengok sendiri di butik Nokia. 
Beli henfon sentuh-sentuh, lepas tu terkial-kial nak guna camne. hahaa..


Mak cakap saya dah masuk angin, angin suka buang duit. 



No comments: