Pages

Thursday, May 24, 2012

Mint Tea

Nak kongsi resepi teh yang menyegarkan. Dah lama tak minum teh, tapi sejak mula puasa ganti ni, tiba-tiba asyik nak minum teh aje. Mula-mula minum, housemate saya, Yani yang buat.

Ok, senang sahaja dan menyegarkan. Minum ketika panas. Hidangan ini untuk 2 orang (anggaran 2 mug).

Bahan-bahan:
1 uncang teh
5-6 biji cengkih
Bunga lawang-ambil 2-3 kelopak sahaja
Kayu manis-sebahagian kecil sahaja
1 biji buah pelaga
2 sudu madu
Daun pudina

Masak teh bersama-sama bahan di atas. Jangan lupa,buka uncang teh agar teh dapat mengembang dengan baik. Apabila air teh tadi telah mendidih, masukkan daun pudina. Tapis dan sedia diminum.
(kredit imej google)


Rafeah Sapari

No comments: