Pages

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di dunia. Kalau dulu masa sekolah rendah, masing-masing sibuk bagi hadiah kepada cikgu feveret, hadiah semua tajaan mak abah. Paling glamer, bunga ros sekuntum dalam kotak. Bila dah sekolah menengah, bagi hadiah kat cikgu kelas aje. Masa ni dah pandai kumpul duit kelas dan beli hadiah mahal sikit kat cikgu. Ekslusif sikit, konon-konon la.

Selamat hari guru saya ucapkan juga kepada kawan baik dari tadika sampai sekarang, Rosliana yang sekarang menabur ilmu di Perak.

Rafeah Sapari

No comments: