Pages

Saturday, June 30, 2012

Hari Bosan

Hari ni tak balik kampung. Malam ni ada IEM Dinner. Jadi sepanjang hari ni duduk rumah, kemas, vakum, mop satu rumah. Lepas tu konon-konon nak hantar kereta ke carwash, tapi elok je sampai ke tempat dituju hujan lebat pula. Terus tak jadi. Sempat beli makanan tengahari je.

Blackout pula.

Boring punya pasal, kemas-kemas la bilik yang serabut ni. Nampak la kemas sikit. Buku-buku dah susun ikut nama penulis/jenis buku. Benda-benda tak pakai tapi sayang nak buang tu simpan dalam kotak.

Ok, gambar atas tu sebelum, gambar bawah tu selepas kemas. Tapi seterika masih tetap di situ.



Rafeah Sapari

Saturday, June 23, 2012

Pulang

Akhirnya sang kancil kesayangan saya pulang ke kampung halaman. Lepas ni dia akan jadi weekend ride saya.



Rafeah Sapari

Friday, June 22, 2012

Muka Baru Yang Betul Punya

Lega,
Akhirnya dapat juga muka baru yang memenuhi selera tekak saya.
Ok lah selamat melayari kisah saya yang biasa ini. Tak ada yang luar biasa.


Wednesday, June 20, 2012

Muka Baru

Rasa macam nak demam pun ada, gara-gara nak cari kulit baru untuk blog saya ni. Ini saya korek-korek dalam folder tahun 2010. Dua tahun lepas punya cerita. Ini yang terbaik buat masa ini. Akan datang, tapi tak tau lah bila, akan dikemaskini lagi. Rasa macam tak berapa dewasa lah bila pakai kulit ni. Tapi warna dia saya suka. Nampak ringkas. Chewahh puji diri sendiri, padahal dah pening kepala google sana sini.

Ok lah, mau tidur.