Pages

Monday, April 8, 2013

Pergi

Malam Jumaat lepas saya kehilangan seorang bapa saudara saya. Kembali menemui Penciptanya.

Setelah sakit yang agak tenat (keluar masuk ICU) lebih kurang sebulan, akhirnya dia meninggal dunia Khamis malam 11.35.

Lepas dapat berita, saya dan Siti macam keras sekejap. Otak ligat berfikir. Kematian yang disangka tetapi tidak disangkakan. Tidak disangka sebab petang Khamis tu saya dan mak dah buat perancangan nak melawat dia hari Sabtu ni di Selayang. Rupanya Tuhan telah menulis yang lain. Saudara yang lain juga merancang untuk ke Hospital Selayang hari minggu ni, tapi semua tak kesampaian. Kali terakhir saya jumpa masa cuti CNY. Kali pertama dia dimasukkan ke ICU.

Lepas dapat berita, saya dan Siti terus kemas baju apa yang patut dan balik ke kampung tengah malam tu juga. Sampai rumah dekat 2 pagi. Pukul 5 pagi bertolak ke Bandar Tasik Puteri, Rawang (rumah arwah) konvoi dengan sepupu lain. Ada yang bertolak jam 3 pagi. Mak bertolak tengah malam dengan pakcik saya yang lain.

Pengkebumian sebaik sahaja selesai solat Jumaat.

Hari Jumaat lepas rupanya saya cuma tidur 2jam lebih aje. Sepupu lain ada yang tak tidur langsung. Adik saya Omar pun tak tidur 24j. Sebab masa dapat berita dia kerja malam, habis syif terus ke Rawang. Makan pun tunggang langgang. Asal dapat alas perut.

Tiba-tiba sepupu saya (anak pakcik saya ni) jadi yatim piatu. Makcik saya meninggal dunia 3 tahun lepas. Semoga (Kak Lili, Azan, Fatin) tabah dan kuat meneruskan kehidupan.

Rafeah Sapari

Rumusan Bulan Mac

Rasanya sudah sangat lama tak taip apa-apa di muka blog ni. Mac lepas memang sangat sibuk. Sibuk buat kerja-kerja design. Boleh masuk rekod juga sebab keluar ofis pun lambat. Kalau waktu biasa belum 5.30 pm dah balik, kali ni sampai pukul 6 baru balik.

Mac juga jadi saksi umur saya bertambah lagi satu angka jadi 32. Masa memang terasa sangat pantas berlalu. Alhamdulillah masih dipinjamkan nyawa oleh Yang Maha Mengasihani. Terima kasih kepada kawan-kawan yang mengingati.

Saya rasa juga cuaca sepanjang bulan Mac agak ekstrem, siang sangat panas, menjelang petang, hujan turun selebat-lebatnya. Kena sedia payung di ofis. Selalunya waktu balik kerja waktu hujan lebat.

Lagi satu, kucing saya Cenki, hilang entah ke mana. Mula-mula perasan dia hilang bila makcik saya sebelah rumah beritahu Cenki dah 2-3 hari tak bising minta makan (spesis tak malu minta makan di rumah sebelah). Lepas tu fikir balik dia pernah 2-3 hari berjalan lepas tu balik rumah semula. Rupanya sampai sekarang tak nampak muka. Rindu.

Selain daripada itu, rutin harian saya berjalan seperti biasa, macam bulan-bulan yang lepas.


Rafeah Sapari