Pages

Thursday, August 8, 2013

Aidilfitri 2013

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur oleh Yang Maha Berkuasa untuk saya menyambut ketibaan Aidilfitri pada tahun ini. Persiapan sama sahaja macam tahun lepas. Ada yang recycle semula pakaian/kasut.

Cuti raya tahun ni agak pendek kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas. Kalau tahun lepas dapat cuti seminggu, tahun ni cuma beberapa hari sahaja. Raya ke-5 sudah masuk ofis semula. Mood raya masa tu masih tebal lagi. Mungkin sambung beraya di hujung minggu.

Tahun ni giliran rumah Pak Long saya buat rumah terbuka keluarga. Apa la agaknya menu. Dengarnya akan dibuat waktu siang, bukan malam seperti kebiasaan. Tunggu dan lihat aje lah. Saya pun dah sediakan baju. Ok pasal baju raya, selalunya baju raya untuk open house keluarga memang khas dipakai pada masa tersebut sahaja. Maksudnya hari raya sebelumnya saya tak akan pakai baju tersebut. Special la konon-konon.

Rumah pula, abah kata nak buat juga open house. Tapi biasanya kitorang buat dah hujung-hujung raya. Tunggu gaji bulan depannya. Senang nak buat kira-kira. Menu apa nak hidang pun belum buat senarai lagi. Haa pasal menu satu hal. Ada 6 orang dalam rumah ni, 6 selera nak kena layan. Kitorang suka buat waktu malam. Semua saudara/kawan datang waktu yang sama jadi boleh la bertanya khabar dan bergossip bersama.

Ok lah, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kalau ada salah silap harap dimaafkan. Sehingga berjumpa lagi di entri yang seterusnya.

(gambar dari google)





Rafeah Sapari

No comments: