Setelah sekian lama, maaf lah muka blog ni. Macam tak ikhlas pula buka akaun blog tapi tak diisi apa-apa. Ok tutup kisah blog yang terbiar ini. Saya usahakan untuk isi dengan perkara yang boleh dimanfaatkan.
Saya memang penggemar buku, pembaca buku. Namun kelemahan saya ialah saya akan baca buku bila saya bersedia hendak membacanya. Jadi banyak lagi buku yang belum dihadam lagi. Ada pula yang saya baca tanpa jemu bila-bila masa.
Saya tau buku-buku yang saya suka baca kadang-kadang susah nak dapat di kedai buku biasa. Jadi saya suka beli secara online sahaja. Saya senaraikan di sini kedai buku online yang saya suka beli, koleksi buku yang bagus dan tiada di kedai buku komersil.
Sudah bertahun juga saya beli buku di sini cuma akhir-akhir ni sudah lama tak buat apa-apa belian. Kebanyakan buku saya beli di sini ialah buku Faisal Tehrani. Saya rasa buku pertama saya beli ialah Cinta Hari-Hari Rusuhan oleh Faisal Tehrani. Pertama kali baca buku ni saya rasa macam ada magnet aje. Masa tu pinjam dengan kawan saya Siti Haryani. Dia juga penggemar karya FT. Cari di kedai buku biasa memang impossible, entah macam mana jumpa laman web ni, tersangkut terus. Pernah sekali, buku yang saya pesan tidak sampai ke tangan saya. Walaupun tracking number dinyatakan telah dihantar, tapi saya tak terima. Pihak ujanailmu telah gantikan buku saya secepat mungkin, tanpa apa-apa bayaran pun. Terima kasih.
Saya beli koleksi buku Inspector Mislan di sini, tapi baru 2 buku yang saya beli. Ada beberapa siri lagi. Siapa Inspector Mislan, dia adalah seorang penyiasat. Kisah kepolisan, sebab penulis dia pun bekas polis. Tiba-tiba tersuka pula dengan cerita polis-polis. Tapi inilah buku yang saya baca tanpa jemu. Sebab bila baca rasa macam real aje. Kisah polis di Malaysia, kes yang menarik, ada orang jahat, ada orang baik, polis jahat, polis baik, orang yang nampak baik di luar tapi dihati lain pula. Best. Walaupun dalam bahasa inggeris, tapi dia ditulis dengan gaya Malaysia. Jadi saya rasa sangat menyenangkan.
Baru berjinak-jinak dengan kedai buku ini. Sedang tunggu penghantaran. Saya mula kenal fixi masa saya beli buku tajuk Cerpen, terbitan fixi. Cerpen saya rasa sangat berlainan dengan buku yang pernah saya baca. Penulisnya pun saya tak pernah dengar namanya. Jadi saya cuba untuk baca buku yang lain pula. Kalau buka web fixi ni, kita tengok muka depan buku dan judul buku pun dah rasa tertarik.
Ok sampai sini sahaja. Happy shopping!!
No comments:
Post a Comment