Pages

Wednesday, February 5, 2014

Ijun's Wedding!!!

Akhirnya..hari yang ditunggu tiba juga. Saya pun ikut pening sebab majlis ini. Pening nak cari tempat tidur, pening nak cari siapa yang boleh memandu ke Perak. Masih terbayang-bayang kepenatan memandu seorang diri ke Bukit Merah bulan lepas (itu pun cerita tak habis, soriii).

Sebaik sahaja saya dapat tarikh yang komfem, kepala saya tepu sekejap. Eh, Ijun nak kahwin dah? Ala lepas ni aku sorang? Eh lepas ni macam mana nak main sms, gayut telefon dan menggossip? Macam-macam benda lalu dalam kepala ni. Tapi lepas tu, fikir lain pula, nak pakai baju apa nanti, nak beli hadiah apa, nak cari hotel, nak pergi dengan siapa, dan segala persoalan tentang perjalanan. Apa-apa pun semua perasaan sedih, gembira semua campur sekali.

Akhirnya saya buat perjalanan dengan besfren saya Yani, suami dia pun ikut sekali (rasa pelik sikit mula-mula tu, lama-lama ok). Kami bertolak hari Sabtu 01/02/2014 pagi, naik kereta suami Yani. Makan tengahari yang tak berapa tengahari (pukul 3.00 petang) di rumah saudara Yani di Felda Gunung Besout yang sangat jauh masuk ke dalam selepas keluar tol Slim River. Lepas Asar, kami teruskan perjalanan ke Bukit Merah Laketown Resort. Ya, Bukit Merah kita sekali lagi. Asalnya nak cari hotel di kawasan Taiping, tapi semua hotel penuh (cuti CNY). Dalam pukul 7, sampai lah kami di Bukit Merah. Tidur di Suria Apartment Resort. Bilik Studio yang nampak cantik di gambar tetapi indah gambar dari rupa.

Ada beberapa perkara yang saya sangat la tak berkenan pasal bilik studio ini. Satu katil bunyi keriut-keriut. Sudahlah saya tidur seorang diri dalam bilik, katil pula asyik berbunyi, sangat la tak selesa. Kedua, saya rasa perabot dia sangat uzur. Almari dia bau hapak. Bau kayu yang dah lama. Sofa pun macam tak pernah tukar alas, nak duduk pun tak sampai hati. Jadi tempat letak beg aje. Ketiga, paling tak best, saya boleh dengar perbualan di bilik sebelah. Keempat, sarapan tak sedap. Kelima mungkin masa tu saya tengah PMS, segala-galanya tak kena. Ok, cukuplah. Tak nak duduk sana lagi.

Ini pandangan dari tepi jalan. Suria Apartment.

Ini lah studio room. Spacious but old.

Kopi dia ada perisa jus oren. Pelik kan, mungkin tong air kopi tu digunakan untuk air oren. Round pertama cornflake dan susu. Round kedua tak berapa best, gambar pun tak ada.

Hari kedua, hari kenduri. Check-out Bukit Merah dan terus ke Bagan Serai. Yani nak cari kertas pembalut hadiah. Dia beli set comforter, yang amat susah untuk dibalut. Tapi berjaya juga membalut hasil kerjasama mereka suami isteri. Balut kat masjid, itu saja tempat yang boleh bersila dan buat kerja-kerja membalut dan menselotep kertas pembalut di beg comforter tu. 

Sampai sahaja di dewan Alor Pongsu, tengok-tengok pengantin dah siap sanding. Cepatnya!!, baru pukul 1 dah siap. Kalau di Johor belum apa-apa lagi. Dari jauh dah nampak mak Ijun tersenyum-senyum sambut kitorang. Walaupun masih bertongkat, muka bahagia aje saya tengok makcik. Pakcik pun sama. Walaupun muka keletihan sambut tetamu, tapi masih mahu berbual-bual dengan kitorang. Siap cakap Jawa lagi, pengsan sekejap. Makan lebih kurang, lepas tu join pengantin ambil gambar. Mujurlah tetamu dah tak ramai, jadi saya dan Yani bebas ke sana ke mari dan berbual-bual dengan adik beradik Ijun. Siap mintak bunga hiasan meja makan, memang tetamu tak malu.

Ooo inilah muka Zani, suami Jun, saya pun tak pernah nampak.

Saya dan Yani.

Ok, saya sahaja yang tak ada pasangan. 

Benda-benda comel ni kalau tuan rumah tak bagi saya minta. Hahaa. Semua DIY. Terer ko Jun.

Dalam pukul 2.30 petang, kami tinggalkan dewan Alor Pongsu dan ke Bagan Serai sekali lagi. Malam tu saya tidur di Kelisa Hotel. Hotel book saat akhir. Book pakai telefon. Bajet hotel tapi sangat la cantik. Masa check in saya sangat  gembira dengan keadaan bilik. Walaupun agak sempit (standard bajet hotel) tapi  hotel ni masih baru dan hiasan dalaman dia moden. Lain kali nak datang Bagan Serai boleh tidur sini lagi. Golek-golek sekejap, saya pun jalan-jalan di Pasaraya Aneka. Dulu masa belajar, kedai tu nama Arisun. Nama dah tukar. Yani pula terus ke rumah nenek dia. Dia tidur sana. Nak jimat katanya, tak nak join saya tidur hotel. 
Brand new Kelisa Hotel.

Katil yang tak ada bunyi.

Bilik mandi yang best.

Petang pula, pengantin baru ajak jalan-jalan makan Mi Berasap. Memang berasap. Dia sebenarnya mi udang, tapi oleh kerana dihidang di atas hot plate, sebab tu la keluar asap-asap wap panas hot plate dengan kuah mi. Udang pun banyak (sebab minta special agaknya). Mungkin kedudukan kedai di kawasan perkampungan nelayan, jadi  udang dia sedap. Sebelah malam pula layan TV sorang-sorang. Nasib baik bilik best. 
Muka lapar + berlengas tak mandi + kena wap mi udang. 
Mi sedap, udang banyak, pengunjung pun ramai.
Pengantin belanja, korang datang JB, nanti saya belanja makan pula.

Hari ke tiga pun tiba. Macam sekejap aje dah 3 hari di bumi Perak. Alhamdulillah perjalanan balik agak lancar, walaupun jalan sesak di beberapa tempat. Dalam pukul 9 saya dah selamat berlabuh di rumah. Lega.
Sebelum balik, kita sarapan nasi putih dan ikan patin tempoyak di R&R Sungai Perak. 
Sarapan merangkap makan tengahari.

Anyway, Jun, I wish u a happy blessed marriage, have kids and love each other always. I'm happy for you. 

  

2 comments:

~*irjune*~ said...

rafe...thanks for coming dear. and thanks to yani too....aku suka sangat hadiah ko tu....suka sangat....buka hadiah depan mak aku terus tergedi-gedik suka....nnt aku ngan zani gi jb ek...dia taknak gi aku heret je gi sama....miss u n love u laling

Rafeah Sapari said...

sama-sama, aku pun enjoy kat sana.