Pages

Sunday, April 13, 2014

Pameran

Hari Sabtu yang lepas. Saya dan mak ke Dataran Batu Pahat. Ada pameran pertanian (tak ingatlah nama apa pameran tu). Memang menarik. Banyak produk, banyak juga ilmu yang ada.

Mula-mula tengok kambing baka jantan yang dipertandingkan. Geram tengok kambing besar-besar. Walaupun ada tulisan "Jangan Sentuh" tapi tangan ni automatik nak pegang. Sang kambing pun rilek aje. Pegang hidung.

Lepas tu arnab pula. Sangat comel. Eeii geram tengok. Bulu yang sangat lembut, mata yang manja, telinga lembut. Heii jatuh hati lah. Tapi harga pula mahal. Seekor paling murah RM200. Ada yang sampai RM700. Nak beli seekor macam kesian, tak ada kawan. Nak beli dua ekor, mahal lah pula. Jadi simpan dalam hati ajela niat tu.

Habis cerita arnab. Mak ke tempat jual orkid. Mahal. Kata mak. Tapi ada saja orang yang membeli. Masing-masing muka gembira bila jinjing sepasu orkid. Mak beli anak pokok sahaja. Lama-lama berbunga juga katanya. Saya ok aje. Memang tak ada bakat bab pokok bunga ini.

Pusing-pusing tengok pameran produk. Menarik dan informatif. Ada juga jualan barang-barang makanan. Saya beli susu kambing (banyak pula orang jual). Mak beli benih cili, terung dan kacang dari booth Mardi. Tapi sampai sekarang belum ditanam lagi. Tunggu aje lah bila nak berhasil. Lepas ni tak perlu beli terung dan kacang panjang.



Rafeah Sapari

1 comment:

Rafeah Sapari said...

Hi Rose, terima kasih follow saya. Insyaallah akan follow awak juga.