Pages

Monday, May 19, 2014

Lari

Ini kisah 1 Mei yang lepas.

Oleh sebab 1 Mei jatuh pada hari Khamis, saya dan adik diam sahaja di JB. Kalau nak balik pun rasa macam tak hilang penat, esoknya Jumaat dah nak balik semula. Jadi saya isi pagi itu dengan aktiviti lari-jalan-lari di Tasik Merdeka Johor Bahru. Walaupun agak lewat saya sampai ke sana dalam jam 9 pagi (gara-gara bangun lambat), cuaca amat nyaman. Tak berapa panas dan agak berangin. Dah lama tak jogging pagi. Kaki pun dah keras. Badan pun berat. Ye, berat badan saya semakin naik. Banyak makan agaknya, kurang bersenam pun ya juga. Nak lari pun rasa berat. Jadinya lari-jalan-lari-jalan. Dapat 2-3 pusingan dan melencunkan baju dengan peluh busuk sudah cukup baik. Anggaran 1 pusingan trek di Tasik Merdeka ialah 1 km.

Agak-agak dah puas ambil angin dan menyejukkan semula badan, saya pun bergerak ke tempat letak kereta. Dalam perjalanan, berselisih dengan seorang lelaki India, dan kami bertukar 'Morning wishes'. Memang keadaan biasa, bertegur sapa dengan pemgunjung di situ, selepas bersenam, semuanya mengeluarkan hormon gembira. Namun begitu, dia memulakan bicara "How many rounds you run?", saya jawab "I don't really run, I run and walk, both, 2 rounds". Selepas itu perbualan kami menjadi semakin menarik. Kisah dia yang mula berlari sejak tahun 1974, kini berumur 60 tahun. Dan masih sihat. 

Dia memulakan cerita kisah lari. Dia kata mesti konsisten, jangan paksa diri tapi kena disiplin. Yang penting harus gembira ketika melakukan aktiviti. Barulah dapat hasil. Jika saya ingin konsisten, mulakan dengan berjalan dalam 20 minit, 3 kali seminggu. Selepas itu, intensiti dinaikkan, mulakan dengan larian. Dia sangat disiplin, 5x seminggu. Saya hanya mampu berkata wow..umur 60 masih mampu berlari 5-7 pusingan setiap kali. Namun apa yang paling saya kagum, kesan aktiviti sihatnya, dia mampu mengembara merentas benua melalui keretapi, merentasi Tembok Besar China dan macam-macam lagi. Semua stamina ini diperoleh dengan aktivi lariannya. Bagus kan. Saya umur 60 nanti tak tahu lah bagaimana. Umur 33 pun nak lari dah rasa macam ada separuh badan tertinggal di belakang.

Thanks Mr. Suku, nice knowing you, it's good to know you. I enjoy listening to your story. Amazing.

(gambar ambil dari google)

No comments: