Alhamdulillah, hari ni dapat ilmu baru. Ilmu buat jem. Asal idea tercetus sebab nampak buah mangga abah yang tengah masak ranum. Mangga ni agak bersabut dan masam sebab mangga kampung. Tiap-tiap pagi mesti jumpa yang gugur dalam 5-7 biji. Semua masih elok cuma terlebih masak. Jadi saya tanya mak, boleh buat tak jem dari buah ni, mak kata cuba lah. Tapi mak tak pernah buat.
Jadi gigihkan diri google cari resepi jem mangga. Dapat satu laman web ni. Cara buat dia agak mudah. Cuma perlukan kesabaran. Resepi diberi untuk 10 biji mangga. Tapi saya buat hanya 4 biji sahaja. Buat banyak-banyak takut tak menjadi. Masa yang diambil dalam sejam.
Sumber resepi:
http://www.masalaherb.com/2013/06/homemade-mango-jam-recipe.html
Resepi saya:
Bahan-bahan:
4 biji mangga
1/2 biji buah lemon (ambil kulit dan juga isi. Buang yang bahagian putih antara kulit dan isi)
Gula secukupnya (anggaran 2 cawan ikut tahap manis)
Cara-cara buatnya amat mudah. Kupas mangga, masukkan lemon dan gula. Mangga sebiji-sebiji masukkan terus. Gunakan api perlahan, masukkan kesemua bahan tersebut dan masak sehingga pekat. Pastikan sentiasa dikacau. Tak perlu letak air sebab nanti semasa proses memanas, air dari lemon dan mangga akan keluar. Masak sehingga pekat, agak-agak macam jem yang selalu kita beli.
Keluarkan biji mangga, kulit dan buah lemon. Bila sejuk dah boleh dibotolkan.
Kelebihan kita masak buah mangga ni sebiji-sebiji ialah sabut mangga akan terlekat dengan biji. Jadi jem ini tidak ada sabut mangga.
Selamat mencuba.
Rafeah Sapari

No comments:
Post a Comment