Pages

Saturday, January 18, 2014

Tilam

My cat with his own tilam. Mak made it from pieces of cloth. Best la, boleh tidur sepanjang hari.


Rafeah Sapari

Friday, January 3, 2014

Bukit Merah

Cerita penutup untuk tahun 2013, tapi ditaip pada tahun 2014. Apa nak buat, tukang taip dilanda kemalasan.

Mungkin ini ialah perjalanan paling jauh saya dan cik Jenap saya.

Alkisahnya begini. Kami nak jadikan aktiviti bercuti sekeluarga rutin tahunan kami. Alhamdulillah, ada yang dah bekerja dan ada kemampuan untuk bawa keluarga berjalan. Untuk tahun ni, destinasi Bukit Merah dipilih sebagai opsyen kedua selepas Terengganu. Walaupun kami semua telah ke Terengganu bulan Jun lepas, tapi masih belum puas. Oleh kerana musim monsoon, maka angin percutian terpaksa dialihkan ke bahagian pantai barat Malaysia.

Kronologi perjalanan saya ceritakan beserta gambar.


Perjalanan dimulakan pada hari Sabtu, 21-12-2013. Perhentian pertama ialah R&R Ayer Keroh untuk bersarapan. Anggota percutian ialah Mak, Siti, Afif, Omar dan saya. Abah tak nak ikut sebab nak kena bagi kambing dia makan. Lagipun abah memang awal-awal tak nak ikut. Siapa sangka, mihun soto inilah makanan kami sepanjang perjalanan. Sedih.


Ini ialah perhentian ketiga, Bukit Gantang. Masa ini dalam jam 2.30 petang. Sangat ramai umat manusia di sini. Nak tunggu meja kosong pun susah. Jadinya cuma dapat lepas hajat aje masing-masing. Lapar, makan roti dan jajan aje. Perhentian kedua ialah di R&R Sungai Buloh, sebab nak tunggu Omar (baju biru tu), dia dari Pulau Indah. Lepas tu barulah Mak dan Afif naik kereta Omar, Siti dan saya satu kereta. Walaupun nampak macam membazir minyak sebab menggunakan 2 kereta, tapi berjalan jauh dengan muatan penuh (5 orang) adalah sangat tak selesa. Di Bukit Gantang ni, kami cuma jamah durian aje, tak berani makan banyak sebab perut kosong. Tapi durian dia sangat sedap. Sampai sekarang terbayang-bayang.


Akhirnya...setelah berhempas pulas memandu sejauh 500++ km berjaya juga jejak kaki ke Bukit Merah. Memang atas bukit. Inilah homestay kami. Di dalam kawasan Bukit Merah juga. Sewa harian RM 200. Alhamdulillah, dapat homestay untuk Muslim. Jadi boleh gunakan barang-barang dapur dengan yakin. Yang bestnya, beras pun disediakan. Peralatan memasak pun lengkap.  Masa ni mak tengah telefon Abah. Nak buat laporan dah sampai destinasi.

Hari kedua dimulakan dengan lawatan ke Pulau Orang Utan. Meandangkan cuti sekolah, jadi kawasan sini memang ramai umat manusia. Tempat main air pun penuh. Tak dapat bayangkan main air dengan anak orang lain ramai-ramai. Noo..
Anak-anak mak kita semua tembam-tembam belaka. 

Tiket berharga RM30 seorang termasuk bot. Semua pemilik tiket akan memakai tag ni. Gambar atas ialah suasana di dalam bot. Jarak antara Pulau Orang Utan dan Bukit Merah tak adalah jauh sangat. Dalam 10 minit perjalanan. Dapatlah nikmati pemandangan tasik yang sangat la besar. Omar asyik cakap, kalau dapat memancing memang best. Tapi apakan daya, dia tak ada geng. Simpan dalam hati aje.

 
Inilah suasana dalam Pulau Orang Utan. Kita yang dalam kurungan. Mereka yang bebas bergarak ke sana-kemari. Sejuk mata. Dapat tengok hijau. Kebanyakan orang utan ini ada yang diselamatkan dari kecil, jadi mangsa pemburu. Sangkar besi ini tidak lah sepanjang mana, namun cukup untuk kita memerhatikan gelagat orang utan. Kami naik bot 10.30 pagi, selepas 2 jam baru kami naik bot pulang. Mana yang tak nak tunggu, memang rugi la. Ada tempat duduk disediakan, jadi, ambillah masa. Biasalah bila ramai-ramai datang, tambah pula dengan suara budak-budak, mestilah orang utan duduk atas pokok aje. Jadi bila keadaan dah reda, kami duduk-duduk santai, penghuni pulau pun ada yang turun ke tanah, ada juga yang baru bangun tidur. 

Yang ini Adam. Ada nama Carlos, April. Adam ni dah macam manusia. Sebab dia dipelihara sejak bayi lagi. Kelemahan Adam ini ialah dia tak pandai buat sarang dia sendiri. Hidup dia terlalu bergantung kepada manusia. Tapi dia pandai grooming. Bulu dia sangat cantik dan terurus. Percaya tak, Adam ni ada selimut busuk. Dari atas pokok, sampai ke atas tanah, dia mesti pegang/gigit/sangkut atas kepala selimut dia. So sweet. Dari segi keselamatan, selain daripada pagar besi, pagar elektrik juga ada. Namun haiwan-haiwan ini sudah pandai, masing-masing jauh dari pagar.

Ini pula 'tadika' anak-anak orang utan. Mak paling excited masa ni. 

ok, tamat lah cerita di pulau orang utan. cerita hari ketiga di episod berikut. Tukang taip dilanda kantuk. Esok dia kena kerja.


Thursday, January 2, 2014

2014

Alhamdulillah.

Masih diberi peluang bernafas oleh Yang Maha Esa untuk menyambut kedatangan 2014 semalam.
Rasanya saya masih belum terlambat mengucapkan selamat tahun baru 2014.

Sambil taip, sambil makan muffin vanilla, sambil minum Nescafe, sambil meniarap. Tapi kepala macam tepu pula.Idea tak mengalir.

Ok sambung balik.

Tahun 2013 meninggalkan kenangan suka, duka, senang, susah, tawa dan macam-macam lagi.
Tahun 2014 pula menjanjikan apa?
Tahun 2014 ini tidak menjanjikan apa-apa. Cuma putaran masa mengikut orbit yang telah ditetapkan.
Kita yang akan mencorakkan 2014 kita sendiri.
Saya mengharapkan warna-warni untuk 2014 ini.
Saya mengharapkan agar diri menjadi lebih positif, kuat semangat dan tidak dibelenggu malas.


(gambar pinjam dari Google)