Pages

Friday, August 22, 2014

Berkabung

Hari ini 22 Ogos 2014. Hari yang akan ditulis di dalam buku catatan sejarah Malaysia kelak. Hari Berkabung. Hari mangsa MH17 pulang ke tanahair untuk disemadikan. Tahun ini Malaysia banyak mencatat sejarah baru.

Semoga kita beroleh hikmah disebalik kejadian. Semoga keluarga yang terlibat diberikan kekuatan dan ketenangan oleh Yang Maha Berkuasa.



Rafeah Sapari

Friday, July 18, 2014

Ujian Ramadan

Terkejut.

Sekali lagi Malaysia diuji. Saya tidak berkongsi apa-apa maklumat di sini, kerana saya percaya semua maklumat sudah diketahui malah mungkin lebih mengetahui berbanding saya.

Semoga Malaysia tabah menghadapi ujian Yang Maha Esa. Hentikan membuat spekulasi dan andaian atau apa-apa perkiraan yang kononnya "kebetulan". Sesungguhnya perkiraan Allah itu tiada yang kebetulan. Simpatilah kepada keluarga penumpang dan kru yang terlibat.



Rafeah Sapari

Friday, July 11, 2014

Khabar

Lamanya awak senyap.
Tak ada khabar berita.
Tak ada cerita.
Entah bagaimana la nasib.
Sunyi sepi.

(cakap dengan blog sendiri sebab tuan punya blog macam kering otak nak bercerita)


Rafeah Sapari

Tuesday, July 1, 2014

Ramadan Kareem

Alhamdulillah. 1 Ramadan sudah berlalu sebentar tadi. Hari ni kami sekeluarga berbuka dengan ala kadar sahaja. Semoga hari-hari Ramadan berikutnya dapat dilalui dengan hati yang tabah.

(gambar google)

Rafeah Sapari

Sunday, June 8, 2014

Rumusan Hujung Minggu

Saya terinspirasi daripada satu blog masakan yang saya suka baca. Setiap hari minggu dia akan buat satu entry Friday Things untuk berkisah tentang kehidupannya.

1. Hari minggu ini agak padat buat saya. Hari Sabtu saya ada majlis kahwin bekas rakan serumah saya di Senggarang. Walaupun tak berapa jauh dari rumah saya, tapi oleh sebab tak selalu lalui kawasan Senggarang, jadi berpusing-pusing jugalah. Pakai GPS pun tak berapa membantu. Akhir sekali, tanya orang di stesen minyak. Alhamdulillah jumpa juga. Semoga perkahwinan Lina & suami berkekalan hingga ke jannah dan sentiasa berada dalam lindungan Yang Maha Esa.

2. Hari Ahad pula jalan-jalan di Mini Malaysia, Melaka. Pertama kali pergi semasa saya masih kecil. Tapi memori yang masih melekat ialah kes topi terbang. Maklumlah, zaman 80an kereta pakcik saya tak pakai penyaman udara, buka tingkap sampai habis, saya pula gatal melaram topi cantik yang ada renda-renda. Akibatnya terbang melayang. Saya pula melalak tak sudah. Oleh sebab sekarang musim cuti sekolah, maka ramailah pengunjung. Paling menarik rumah Melaka. Banyak perabot antik. Meja solek yang sarat ukiran. Memang jatuh hati. Di rumah Terengganu pula ada aktiviti mewarna batik. Hanya dengan RM10, kita dapat keluarkan bakat seni dalam diri.

3. Akhir-akhir ni memang musing kupu-kupu mati. Merata-rata nampak kupu-kupu ini tersadai, masih hidup tapi kepaknya sudah tak berapa cantik.

Cukuplah untuk hujung minggu ini, jumpa lagi lain kali.




Rafeah Sapari