Saya ada 9 report bos saya bagi yang perlu saya studi. Rasa kalau kat drama TV dialog dia macam ni:
"Nah! Awak ambik fail-fail ni semua, awak kaji. Saya nak awak buat laporan dan letak atas meja saya minggu depan. Faham?!"
Ni pulak dialog bos saya:
"Fie, these are the their design report, check wether these are complete report or not. U study these first, and hopefully can do for submission before CNY"
"Hopefully" maksudnya haruslah dilaksanakan.
Maka setiap kali saya jumpa dia, mesti dia tanya "eh, u dah start belum?"
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pages
Wednesday, January 26, 2011
Saturday, January 22, 2011
Makan Buah, Cara Betul & Sihat
Malam minggu kat kampung, adik saya tengah layan 3 Idiots. Saya pula dah tak boleh layan, dah banyak kali tengok. Belek-belek koleksi Wanita mak dan saya jumpa satu artikel bagus. Sebenarnya dah lama juga saya tahu pasal ini, tapi jarang-jarang diamalkan.
Semoga memberi faedah.
"Cara yang betul makan buah ialah buah harus dimakan sebelum makan. Tujuannya agar buah dapat memainkan peranan utama untuk menyahtoksid daripada sistem badan, dan memberi tenaga bagi pengurangan berat badan dan melakukan aktiviti lain.
Cara ini juga boleh mengelakkan sendawa, kembung perut dan cirit birit. Uban, keguguran rambut, stress dan gelung gelap bawah mata juga tidak akan terjadi sekiranya makan buah dengan perut kosong.
Sebagai contoh, anda makan 2 keping roti dan sepotong buah. Buah tersebut sudah boleh masuk terus ke usus untuk penghadaman tetapi telah ditahan oleh roti. Seluruh makanan yang melalui proses penghadaman akan berubah menjadi asid. Saat buah bercampur dengan makanan lain dan jus penghadaman lain dalam perut, keseluruhan makanan menjadi rosak.
Sekiranya anda mengamalkan pemakanan buah yang betul, makan anda memiliki rahsia kepada kecantikan, kesihatan, keceriaan dan mampu mengekalkan berat badan.
Anda juga disaran minum jus buah segar bukan daripada pek atau botol. Jangan minum jus buah yang dipanaskan serta buah yang telah dimasak kerana ia menghilangkan khasiat yang ada. Anda hanya mendapat rasa bukan khasiat buah tersebut.
Makan sebiji buah adalah lebih baik daripada minum jus. Sekiranya anda perlu minum jus, teguk perlahan-lahan agar ia boleh bercampur dengan air liur sebelum menelannya.
Anda boleh berpuasa diet buah 3 hari untuk menyahtoksid. Hanya makan buah dan minum jus selama 3 hari untuk mendapatkan penampilan yang berseri-seri." - majalah Wanita, Februari 2010.

Friday, January 21, 2011
Black+Purple+Jeans
Hari Rabu yang lepas, tanpa dirancang, kami semua memakai warna yang sama, hitam, purple. Yang bestnya, bos kitorang pun datang pakai T-shirt hitam. Jadi, masa ni ambil kesempatan la posing sana sini kat ofis yang haru biru ni. Tapi kat gambar nampak bersih dan kemas eh ofis saya ni.
Posing kat meja Leong.
Gambar ni ofismate saya dah edit.
Tiba-tiba terselit sorang pakai baju kotak-kotak.
Korang tak nampak dia lari-lari anak ke arah kitorang sebab kamera ni pakai timer.
Macam teddy bear tau.
Thursday, January 20, 2011
Flower Power
I went outing with my sis today. She bought a pencil case in a stationary shop when we found this HP case. There are 3 different colours, red, brown and offwhite. Red's too loud while white is too clean. So brown is the best. And it look like a little sister to my pink hairclip. Also it comes with a small coin purse which is quite convenient.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, January 17, 2011
Malam Minggu Kat Kampung
Malam minggu kat kampung. Tengah syok-syok baca Glam (tengok gambar cantik-cantik yang konfem tak mampu beli) tiba-tiba seekor makhluk ni melompat dan terus baring atas majalah. Kalau orang baca paper pun dia landing atas paper juga.
Mula - mula garu pale dia.
Pastu leher. Mata dah stim. Ololoo
Pastu dagu
Pipi pula
Kepala lagi sekali
Tengok cicak kat siling
Tengok tingkap pulak
Kat tingkap belah lagi satu.
Duduk kat kerusi, tengok cicak kat siling, sambil berangan kalau dapat tangkap kan best.
Berangan ajelah. Landing atas beg balik kampung saya. Tak ada dah jari-jari gemok garu kepala dia.
Subscribe to:
Posts (Atom)