Pages

Thursday, January 2, 2014

2014

Alhamdulillah.

Masih diberi peluang bernafas oleh Yang Maha Esa untuk menyambut kedatangan 2014 semalam.
Rasanya saya masih belum terlambat mengucapkan selamat tahun baru 2014.

Sambil taip, sambil makan muffin vanilla, sambil minum Nescafe, sambil meniarap. Tapi kepala macam tepu pula.Idea tak mengalir.

Ok sambung balik.

Tahun 2013 meninggalkan kenangan suka, duka, senang, susah, tawa dan macam-macam lagi.
Tahun 2014 pula menjanjikan apa?
Tahun 2014 ini tidak menjanjikan apa-apa. Cuma putaran masa mengikut orbit yang telah ditetapkan.
Kita yang akan mencorakkan 2014 kita sendiri.
Saya mengharapkan warna-warni untuk 2014 ini.
Saya mengharapkan agar diri menjadi lebih positif, kuat semangat dan tidak dibelenggu malas.


(gambar pinjam dari Google)


Thursday, December 12, 2013

Majlis

Rasanya tahun ini saya belum ada cerita pasal perkahwinan. Ini yang pertama untuk 2013. Ini kisah minggu lepas. Sepupu saya (sebelah Mak, anak Mak Ngah) telah melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihannya, Zura. 

Untuk hari nikah saya tak ikut sekali sebab dibuat pada hari Jumaat. Saya cuma ikut hantar pengantin hari Sabtu. Tema di rumah perempuan warna merah. Adik-beradik sepupu saya semua pakai warna merah. Kalau nak diikutkan semua yang hantar pengantin kena pakai baju merah. Sebab kami dah diberitahu awal-awal tema nikah, hantar pengantin dan pengantin perempuan bertandang. Tapi apakan daya, masa beli baju, mata saya melekat dengan baju warna hijau. Nasib baik ramai juga yang buat tema suka-suka hati.

Rumah pengantin perempuan di Parit Simin, dalam 30 minit dari Parit Raja. Jalan kampung agak sempit. Nak berselisih kereta pun macam tak berapa selamat. Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Mujur juga hari Sabtu dan Ahad cuaca agak cerah. Petang baru hujan. Tak adalah berpayung dan berhujan. Cuma halaman agak lecak sebaab minggu lepas memang hujan sentiasa.

Kita tengok gambar.

Kami disambut dengan yellow grenade dan kompang yang panjang. Entah berapa lagu, saya tak tahu la.

Sepupu-sepupu saya. Yang depan tu anak buah. Saiz badan semua lebih kurang sama. Genetik.

Tema merah. Pelamin ni dipasang di halaman rumah. Depan pelamin ni balai makan. 
Praktikal untuk rumah yang kecil sebab kami semua boleh terus ke balai makan.

Dengan sepupu-sepupu. Saya yang makin tembam. Mata pun hilang.

Tepung tawar sepupu sendiri. Renjis-renjis suka hati. Tepek inai sikit aje, takut nanti bekas kat tangan.

Kek kahwin yang sweet.

Yang ni pula di rumah lelaki. Tema pink. Pelamin pun buat di luar.

Ada zapin budak-budak sekolah. Yang paling tepi ni paling nervous. Asyik tersalah step. Adoi.

Dengan anak-anak Mak Long. Tiba-tiba rasa muka kitorang macam lebih kurang. Nampak double chin.Hu.









Friday, December 6, 2013

Kalendar

Bos bagi kalendar 2014, belek-belek cuti. Lepas tu konfius sendiri. Tahun depan tak tau cuti hari Jumaat-Sabtu atau Sabtu-Ahad. Bos diam aje.



Rafeah Sapari

Monday, December 2, 2013

Trussardi

Hari minggu, jalan-jalan cuci mata dengan Siti.
Masuk kedai Sasa.
Belek-belek perfume.
Nampak macam biasa aje semua.
Macam boring aje perfume dia ni.
Lepas tu nampak satu botol ni.
Apa jenama ni.
Macam mana nak sebut.
Trussardi.
Salesgirl tu terus tanya nak cuba bau ke?
Terus la cakap ya.
Dia kata ramai suka bau perfume ni.
Masa mula-mula bau rasa macam agak kuat dan macam bau klasik sikit.
Bila dah balik rumah, bau semula kertas yang disembur tadi.
Terus fall in love.
Bau dia best.
Waweeee!!!
Ok, simpan duit.


Botol dia nampak kemas, senang nak pegang. 
(gambar dari google)


Zoo

Zoo Melaka lagi?

Kali ni pergi dengan Mak, Siti dan Afif. Tahun 2010, saya datang zoo dengan kawan-kawan. Sudah tentu perasaan yang berbeza, tapi kemungkinan mengadap haiwan-haiwan yang sama. Kisah perjalanan yang lepas pun saya ada abadikan di sini.

Kami ke Melaka hari Jumaat 22 November lepas sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Johor. Perjalanan ke Melaka tak lah jauh sangat. Dalam sejam lebih sudah sampai ke destinasi. Kami sampai dalam jam 10.30 pagi. Perkarangan zoo sudah banyak berubah. Ada deretan kedai-kedai cenderamata, parking pula kena beli tiket sehari RM5. Boleh digunakan di serata Melaka dalam sehari. Tapi agak merugikan bagi saya kerana saya gunakan di zoo sahaja.

Pada masa tu agak ramai pengunjung yang datang ke Zoo. Kebanyakannya dari Johor. Sebab hampir kesemua kereta berplat J. 

Alhamdulillah, cuasa tak berapa panas, jadi dapatlah menikmati alam sekitar dengan senang tanpa rasa peluh melekit.

Habis pusing-pusing zoo, kami ke Mydin untuk makan tengahari dan sedikit beli belah. Tak boleh beli belah banyak sebab belum gaji lagi. Tudung kat sana memang murah. Sebelum balik singgah di Ayer Keroh untuk beli jajan.

Oklah kita tengok gambar.


Masa mula-mula. Mak yang bersemangat. Sebab dia yang ajak pun.


Nama dia bukan main seram lagi. Burung dia muka selambe aje. Cool


Bird show. Burung ni tau ambil duit warna merah aje. Pandai orang-orang zoo ni buat duit. Haiwan dilatih atau haiwan dimanipulasi. Hmm...


Kakak sikit punya pose, adik muka macam kena paksa.


Dengan kakaktua. 


Giliran saya pula. Rasa macam dah jalan 10,000 langkah. 
Masing-masing perasan dah kurus bila dah selesai pusing satu zoo.


Deretan kedai cenderamata. T-shirt, fridge magnet, air sejuk, buah. Topi pun banyak dijual. 
Sediakan duit sahaja.

Ok, cerita tamat.