Pages

Friday, June 25, 2010

Apa Pasal Hari Ni Aku Blank

Hari ini kepala aku macam blank sekejap. Tak tau nak proses apa. Hari ni balik kerja awal, pukul 7++ tu kira awal lah, selalunya aku balik dah tak nampak matahari.

Ohh apasal kepala aku blank. Entah, tiba-tiba aje aku rasa macam tak tau nak buat apa petang tadi. Tiba-tiba terkena memory loss. Bila aku ingat-ingat, minggu lepas, waktu magrib tu aku dah sampai kampung. Last week tumpang ofismate aku balik BP. Balik JB naik bas. Naik bas ?!! (dah lama sangat-sangat la aku tak naik bas balik JB)

Selalunya, hari Jumaat, pas kerja aku suka singgah Plaza Pelangi, ada Metrojaya kat situ, aku memang suka menjamu mata. Layan mata, window shopping sorang-sorang. Ehh..window shopping ke? Ada je benda nak dibeli. Hee..

Tengah cari-cari muka blog baru, tapi nape la semua tak berkenan di hati. Bila dah berkenan, upload, jadi lain pula. Aku ni tamak kot, nak layan Om Shanti Om dengan nak cari muka blog baru, semua serentak. Terus pecah 2 kepala.

Layan lah dua-dua..Jom..
(tiba-tiba teringin nak makan cheesecake..waa bestnyee..)


Wednesday, June 23, 2010

Anak Siapa Ni..

Semalam lepas kerja kitaorang semua pakat nak tengok baby ofismate aku. Pukul 6.30 bertolak dari ofis, sampai Kulai dah dekat pukul 8. Mak aih, sikit punya jauh rumah si Zaini nih. Aku rasa sampai perut aku lapar tak sampai-sampai lagi.

Masuk je rumah Zaini, tiba-tiba ada anak anjing sesat kat halaman rumah. Comel..Tetiba teringat dulu pernah gak ada seekor anak anjing menumpang kasih kat rumah sewa. Dalam rumah lagi lah meriah, ada tuk, nenek, mak mentua, adik ipar. Keluarga kembangan.

Lepas tu isteri dia pun keluar bawa baby, semua dah sengih-sengih tak sabar nak tengok anak sulung si Zaini ni. Tak lama lepas tu mak dia pulak keluar bawa mee kari. Yey!! perut memang tengah bunyi-bunyi pun. Sambil makan, sambil melayan tuk dia yang umor dah 80 lebih.

Oppss aku memang tak pegang baby tuh. Takut..Kang patah riuk anak orang. Kawan-kawan lain selambe aje pegang-pegang. Aku setakat main-main kaki tangan dia aje.


Ni dia baby Zafran, apa tah nama penuh dia, panjang sangat. Muka macam pak dia.

Ololo.. Cikyang tengah pegang baby.

Haa.. yang ni memang tengah amik aura. Mana tau pas ni pegang baby sendiri lak. hehe


 

Monday, June 21, 2010

Windunyaaaa...

Perkara-perkara yang aku rindu bila aku tak de kereta:

Pergi kerja suka-suka hati
Balik kerja suka-suka hati
Merayap lepas kerja suka-suka hati
Balik kampung suka-suka hati
Balik JB suka-suka hati
Boleh jalan-jalan merayap satu Batu Pahat
Beli paper kat Parit Raja hari minggu
Bawak adik aku yang gebu gebi beli bekal sekolah bila hari minggu
Hantar kereta kat carwash kat Jalan Yahya Awal
Bawak kereta sambil berangan
Berangan sambil bawak kereta


Tapi yang paling dirindui ialah memandu kereta aku sendiri..huwaa !!!



Bila Aku Tak Ada Kerja Nak Dibuat

Aku memang tak ada aktiviti nak dibuat hari Sabtu & Ahad, kereta tak de, patah kaki terus tak boleh jalan-jalan, makan, tidur, tengok tv. Itu aktiviti utama. Yang ni aktiviti sampingan. Ambil gambar newborn kitten. Dah 2 minggu kot, tapi memang gemok.

Jom tengok..
Ni mummy dia, muka tak puas hati je bila aku pegang anak-anak dia.

Ni anak-anak dia.

Yang ni paling kuat membuta.

Tidur terlentang.

Sama tapi tak serupa.



Wednesday, June 16, 2010

My Cousin's Wedding

The next day after the accident is my cousin's wedding day. Sunday

Memandangkan aku dalam kategori pesakit makanya aku pun datang rewang hari Sabtu petang (pagi tu langgar kereta orang..huhu) cuma nak tunjuk muka aje. Tapi jejak aje rumah Pak Uda, semua tanya aku ok ke tidak. Mestilah aku jawab ok. Tak pasal-pasal glamer sekejap petang tu. Yang bestnya selepas petang tu, aku dah officially tak ada kereta. Maknanya kene naik motor lah. Huhu..

Hari malamnya pun aku tak datang rewang. Mak abah dengan Umar je yang datang rewang. Aku tidur tak sedar diri. Ohh lepas magrib tu hantar sepupu aku pergi bus stand, dia nak ke Kelantan, wedding besfren dia. Yang bestnye, bila sampai sana je, bas dah jalan, terpaksalah kitaorang kejar bas. Finally berjaya juga dia naik bas kat Bukit Pasir.

Ahad tengahari, terpaksa ding dong cousin aku yang lain untuk ambil aku kat rumah. Pakai kebaya, kain ketat, mana boleh naik motor. Huhu..Dah macam pesta manik segala. Macam dah pakat-pakat semua nak tayang manik kat rumah Pak Uda. Sib baik aku punye baju dah ada manik siap-siap.

Makan jamuan, nasi beriani, beriani kambing (yummyyy), beriani lembu dan paling best ada ayam golek. Tapi waktu aku makan tu dah nak habis stok ayam golek, tapi dapatlah juga merasa. Sedap. Lepas makan, macam biasalah duduk dengan sepupu semua menggosip dan menggosip lagi. Sekali-sekala jumpa, memang riuh.

Memandangkan kenduri rumah pak cik sendiri, semua ringan tulang nak rewang. Tapi macam tak senonoh juga, buat-buat rajin depan Pak Uda & Mak Uda jer. Hehe.. Ok lah tu..Anak sedara diorang ni semua spesies macam ni. Paling best, semua memang jenis suka ketawa dan tak kisah. Happening la jadinya.

Oklah bagi korang tengok gambar pulak..

Pelamin- buat sendiri tau, bukan mak andam punya

Newlyweds - Asan & Ifa

Mak dan anak-anak PakLong, Kak Ita, Kak Cham

Boy-cousin-merangkap tukang buat ukiran buah-buahan meja pengantin

Memang rajin pak cik aku ni

Aku dan anak-anak PakNgah dan Umar