Pages

Sunday, September 9, 2012

Quotes

"untuk dihormati kita mesti menghormati, untuk dihargai kita mesti menghargai dan untuk difahami kita mesti memahami"
Tunggu Teduh Dulu, Faisal Tehrani.


Rafeah Sapari

Wednesday, August 29, 2012

Diari Raya Saya

Sebelum terlambat, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sekalian Muslimin dan Muslimat. 

Hari raya saya sederhana sahaja. Saya balik kampung hari Jumaat petang, Alhamdulillah trafik di Johor Bahru sangatlah lancar. Mula-mula rancang nak balik hari Sabtu pagi, konon-konon hari Jumaat tu mesti jalan sibuk. Tapi nampak gaya macam ok aje jalan, jadi tawakal aje lah balik petang Jumaat. Saya rasa mesti semua ramai dah balik hari Khamis sebab sekolah dah mula cuti hari Khamis tu.

Hari Pertama Raya.
Hari sibuk sebab pagi-pagi nak kena susun kuih dalam balang, atur gelas, gosok baju. Lepas abah balik solat hari raya, dan ke kubur, kitorang beraya kat rumah makcik dan sepupu sebelah rumah. Petang beraya kat famili sebelah emak pula. Waktu ni serius perut rasa macam nak pecah sebab setiap rumah ada makanan. Lepas tu semua sedap. Rugi kalau tak makan. Tamak eh..

Hari Raya Kedua
Abah dah mula marhaban untuk kampung. Rumah kitorang jadi rumah terakhir. Jadinya mak kata buat air buah-buahan dan cendol aje. Lagipun diorang semua mesti sampai lewat tengahari, kalau buat makanan berat pun gerenti tak ada orang makan. Tugas saya, tukang beli ikan dan cari air baru. Dah macam tugas rasmi tiap-tiap tahun mesti jadi tukang cari air batu. Masa ni lah selera nak makan ikan menjelma semula. Sepanjang bulan puasa cuma 2-3 kali aje makan ikan. 

Hari Raya Ketiga
Abah marhaban lagi. Kampung saya panjang, jadi sehari memang tak cukup. Jadi kitorang melepak kat rumah pulak. Kali ni giliran Umar beli ikan pula. Masa ni dah start boring. 

Hari Raya Keempat. 
Giliran emak pula marhaban. Saya, hari ni baru lah terkedek-kedek nak bank in duit raya kompeni. Hari ni bank dah mula operasi semula. Lepas tu jadi tukang masak kat rumah. Rasanya masak ikan sambal kot. Sepanjang masa hari ini dan semalam orang datang beraya memang tak putus. Siti pula dah jadi macam bibik kat rumah, tukang buat air dan top up kuih.

Hari Raya Kelima
Hari ni, sepupu saya, anak Pak Ngah saya bertunang. Saya dan mak ikut hantar rombongan bertunang di Parit Simin. Agak jauh juga. Jalan kampung sempit pula. Rombongan bertunang kitorang ada dalam lebih kurang 15 kereta. Gila ramai ok. Famili belah Mak Ngah saya semua ikut, famili belah saya (Pak Ngah) pun ramai yang ikut. Nasib baik belah perempuan buat balai, yang naik atas rumah cuma berapa kerat aje yang lain duduk melepak kat balai. Makan pun sedap. Nasi minyak dan ada lauk kambing lagi. 

Sebelah malam pula ada rumah terbuka. Masa paling best untuk borak sakan dengan sepupu-sepupu semua sambil makan. Habis lari semua diet. Best..Tahun ni giliran Pak Ngah saya, giliran rumah kitorang lagi 2 tahun lagi.

Hari-hari seterusnya
Sambung beraya 1-2 buah rumah dan lepas tu dah rasa biasa dengan rutin kat rumah yang cuma tidur, makan, tengok tv. Sambil makan kuih raya sendiri. Hari ahad dah balik ke JB semula. 


Part of our big family


Hantaran


Nama dia Zura, welcome to our family.


Dua orang budak tembam.




Oo My English

Ini adalah perbualan di antara Mr. Chairman dan Mr. Contractor.

Mr. Chairman : your current worker at site is 20. Is it enough?
Mr. Contractor : no, not enough, we will try to add another 8 workers.
Mr. Chairman : ok, by when?
Mr. Contractor : by next meeting.

Ok, nampak tak dua perkataan yang saya rasa amatlah janggal "by when". Saya bukan pandai sangat dalam bahasa inggeris tapi bila saya dengar dua perkataan ni setiap kali mesyuarat tapak, saya rasa macam telinga saya nak tanggal. Sebenarnya Mr. Chairman ni boleh aje cakap macam ni "when?".

Setiap datang mesyuarat tapak saya rasa macam terngiang-ngiang perkataan "by when" tu.

Ataupun saya agak menyampah dengan Mr. Chairman tu sebab dah kesekian kalinya saya datang mesyuarat dia mesti tak tau nama saya. Terkial-kial cari nama kat senarai kehadiran. Macam dalam mesyuarat tu ada 50 orang aje. Padahal tak sampai 10 orang. Saya sorang je perempuan.

Nama saya Rafeah ok..

Rafeah Sapari

Tuesday, August 28, 2012

Before & After

My raya slipper after 1 week of Hari Raya. From shiny silver to dusty grey with dirt. Actually I bought these for Raya last year but never wore them. Still in the box and absolutely looked brand new so it become my raya slipper this year. Jimat duit.

Ok la.. Enough about shoe..


Rafeah Sapari

Kecintaan Baru

Angin badai nak pakai "platform heels" melanda jiwa. Setakat ini dah ada 3 dalam koleksi. Paling best yang warna kelabu tu sebab nampak formal. Yang ada tali belakang tu pakai selesa tapi kaki saya memang tak sesuai kalau ada tali belakang. Tak pernah nak tersangkut betul-betul. Baru jalan sikit dah terlepas. Jadinya cuma pakai beberapa kali aje.



Rafeah Sapari