Pages

Monday, November 25, 2013

Banjir

Bilik saya banjir!!

Petang tadi masa balik kerja, masuk-masuk bilik aje dah macam lautan. Semua basah kecuali rak buku dan almari baju. Tilam, baju dan segala yang ada semua dalam bilik.

Sebelum ini pun pernah berlaku. Masa mula-mula pindah rumah. Saya fikir tu kejadian paling buruk. Tak sangka terjadi lagi.

Mungkin tempias taufan Haiyan. Sekarang tiap-tiap petang hujan lebat.

Tak tau saya merapu apa.

Rafeah Sapari

Sunday, November 24, 2013

Cuti

Akhirnya, setelah menjadi teka-teki dan cakap-cakap, berita yang diterima hari ini telah menjadi kenyataan.

Mulai tahun hadapan, negeri Johor mengisytiharkan cuti hari minggu jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu. Bukan lagi Sabtu dan Ahad seperti sekarang. Namun begitu cuti tersebut hanya efektif kepada sektor awam. Saya yang berada di sektor swasta ni belum tahu nasib bagaimana.

Saya pernah mengalami cuti hari minggu Jumaat-Sabtu ketika bersekolah rendah. Tak ingat pula sampai darjah berapa.

Diantara sebab pertukaran hari minggu ini ialah untuk memudahkan urusan solat jumaat bagi yang lelaki. Hal ini saya setuju kerana walaupun dapat kelepasan waktu rehat yang panjang, saya lihat ramai(lelaki) yang ambil kesempatan makan, berborak panjang, padahal masjid dah panggil untuk solat. Kalau hari tak bekerja, mungkin situasinya akan berubah. Harapnya begitu.

Saya juga rasa cuti Jumaat ni ada kebaikan lain. Untuk saya yang sering berurusan dengan orang-orang sektor awam ni, hari Jumaat merupakan hari paling sukar untuk berurusan. Kalau telefon jam 9, ada sesi mengaji Quran. Baguslah. Telefon jam 10, tiada dalam ofis, jam 12 pula mungkin dah keluar. Telefon semula jam 3, belum tentu dan masuk ofis. Senang cakap, urusan hari Jumaat, kita bawa ke Isnin sahaja.

Bukan sinikal tapi situasi itu wujud.

Saya mengharapkan yang positif pada tahun hadapan dan urusan dapat berjalan seperti biasa.


Rafeah Sapari

Friday, November 1, 2013

Pergi

Sms dari nombor Kak Ros: Cik Ana meninggal.

Kosong.
Akal fikir berhenti proses.

Lepas tu baru boleh fikir semula. Baca semula dan proses akal. Terus saya forward ke kawan-kawan yang kenal.

Saya balas sms dan sahkan siapa yang meninggal dunia. Cuba telefon tapi tak berjawab. Nasib baik sms saya berbalas. Sah lah. Tapi akal tetap cuba nak nafikan. Saya rasa memang begitu lumrah manusia bila dapat berita kurang baik.

Bekas rakan serumah saya, Roszana atau kami semua panggil Kak Ros atau Che Ros telah mengadap Maha Pencipta pada pagi Khamis kira-kira jam 9 pagi. Beliau sakit kegagalan buah pinggang. Beberapa bulan lalu diserang strok, lumpuh separuh badan.

Kali terakhir kami berbual telefon dalam 2 minggu yang lepas. Walaupun sedang sakit (dah tak boleh berjalan) suara arwah tetap ceria. Macam selalu. Bual perkara-perkara biasa, pasal raya haji yang baru berlalu, pasal dia dan keadaannya. Tak sangka itu perbualan terakhir saya. Banyak kenangan kami dalam rumah tu. Rindu dengan masakan dia.

Semoga Kak Ros aman disana.

Rafeah Sapari

Tuesday, October 29, 2013

Kopi

Pagi tadi, dalam perjalanan balik ke JB dari kampung, singgah di Drive Thru McD. Padahal baru lepas sarapan kat rumah. Keluar kampung aje, tiba-tiba teringin nak minum kopi McD pula. Terus la belok. Pukul 7.30 tak berapa ramai orang. Buat order lebih kurang. Bayar, ambil kopi terus jalan.

Lepas tu baru teringat, eh brekfasnya tak ambil lagi. Nasib baik masih dalam kawasan McD. Cepat-cepat parking kereta. Lepastu nampak budak yang bagi kopi tadi keluar bawa brekfas saya.

" Sori la dik, dah jalan dulu tadi." sambil senyum-senyum termalu.

Pagi-pagi dah sengal.



Rafeah Sapari

Thursday, October 17, 2013

Kuih Raya

Alhamdulillah, dapat tambah lagi ilmu buat kek. Raya haji lepas, cuti 4 hari yang agak panjang saya manfaatkan untuk buat sejenis kek dan manisan untuk raya. Resepi ini semua saya google.

Cream Cracker Layered Cake With Cream Cheese.

Kisah dia macam ni. Satu petang tu sepupu saya datang ke rumah. Dia memang selalu datang jalan-jalan. Anak-anak dia suka melepak kat rumah mak saya. Jadi petang tu dia datang bawa sepiring biskut yang dah susun-susun dengan cream cheese ni. Rasa dia lemak-lemak manis. Dia pun cerita lah, di sekolah cikgu-cikgu semua tengah kemaruk buat makanan ni. Macam-macam versi ada. Ada yang versi biskut keras, ada yang lembik berair. Sepupu saya buat pakai biskut jagung. Sedap juga. Jadi saya pun cuba-cuba nasib dengan cari di Internet resepinya. Akhirnya jumpa. Dan terbukti menjadi. Saya kongsi link resepi di bawah:

http://khairulabdullah.com/cream-cracker-layered-cake-with-cream-cheese/

Untuk sos karamel, sila baca resepi di bawah. Saya ambil dari buku Sticky and Steamed Pudding (beli masa zaman Matrikulasi USM)

1 cawan gula perang
125g mentega
1/2 cawan krim (saya guna susu cair/krimer yang dalam tin)

Satukan gula, mentega dan krim di dalam periuk dan masak dalam api yang kecil untuk 5 minit atau sehingga gula larut. Mudah sahaja. Saya buat sos ini lebih awal. Jadi tak kelam kabut.


Inilah rupa. Letak atas tutup bekas aje. Tak ada presentation langsung.


Red Velvet Cake/ Kek Merah Baldu

Selama ini asyik membeli aje, teringin pula nak buat sendiri. Walaupun buttermilk buatan sendiri tak berapa menjadi dan frosting pun buat 2 kali sebab mula-mula buat hangit. Saya kongsi link di bawah


Saya tak gunakan cream cheese untuk frosting, saya ikut dalam blog leelabean. Lihat link di bawah. 

Saya punya frosting tidaklah selicin seperti yang miss leelabean buat. Boleh lah untuk puaskan hati. Maklumlah segala-galanya pertama kali. 


Inilah hasil air tangan saya malam raya. Kek merah ni sangat banyak pakai pewarna, dalam anggaran 2 sudu teh pewarna merah. Tengok pun seram. Ini semua gara-gara nak dapatkan warna merah baldu. Saya pakai loyang bentuk empat segi tepat. Jadi saya belah di tengah-tengah dah jadi dua lapisan. Sapuan frosting tak beberapa senonoh tu pun saya yang buat. Memang tangan keras. Tak apa, usaha lagi. 

Kek seterusnya kena tunggu bulan depan. Kena jaga kesihatan.