Pages

Monday, February 1, 2010

La La La Kerja La...

La la la...la..hari-hari kerja..
..kerja..kerja..

Korang semua mesti ingat lagi lagu ni. Masa mula-mula dengar memang sakit telinga sikit. Suara tinggi tahap gaban punyalahh..sorry MUH!! hehe.. Lama-lama aku rasa lagu ni dah macam lagu tema hidup aku pulak.

Ye, aku lah yang tergolong dalam kaum workaholic di dunia yang fana ni. Untuk sampai ke tahap ini, aku dah melalui beberapa fasa-fasa pekerjaaan. Bermula dari hari aku melangkah keluar dari universiti dengan penuh bangga. Masa tu sijil belom dapat lagi, kene tunggu konvo beb!!

Pertama: Pengangguran
Macam tak percaya. Rupa-rupanya aku adalah salah seorang manusia yang terpilih untuk menikmati alam pengangguran. Lama la jugak. Kira-kira sempat la menggemukkan badan. Aku ingat lagi, aktiviti aku setiap hari, bangun tido, sarapan sambil menggosip dengan mak aku, kemas-kemas rumah ala kadar. Lepas tu tengok TV citer kartun (masa tu adik aku yang kecik belom sekolah lagi) sampai adik-adik aku yang lain balik sekolah. Makan tengahari. Petang sambung tengok TV lagi. Cerita kartun, sampai aku hafal segala dialog. Malam sambung lagi tengok TV. Tapi bukan aku seorang yg penanam anggur, sepupu aku pun sama tahap jugak. Nasib baik ada geng. Boleh jalan-jalan sesama.

Waktu tu, macam-macam tempat resume aku dah tabur, cumanya memang belum ada rezeki lagi. Kerja kilang pun aku penah mintak. KPLI jugak, walaupun aku tak ada cita-cita untuk jadi pendidik. Masa tu, waktu untuk bersosial memang terhad. Maklumlah aku mana ada pendapatan.

Kedua : Kerani Kontraktor
Macam tak percaya. Aku yang pemegang ijazah ini, pernah ada kerjaya sebagai kerani di sebuah syarikat kontraktor. Masa tu gaji RM600.00. Syukur. Sekurang-kurangnya ada jugak sumber kewangan aku. Boleh menyara diri sendiri dan bayar separuh daripada loan kete  kancil aku. Yang lagi separuh ditaja oleh ayahanda tercinta. Thanks abah!!.

Kerjaya kerani aku merangkumi setiausaha, banker, tukang bagi gaji kt driver-driver lori dan paling banyak sekali buat paperwork. Biasalah kontraktor kecil. Tapi syukur, majikan aku sangat baik dan sporting. Banyak pengalaman dan tak lokek ilmu. Masa tu hidup aku sangat sempoi. Pergi-balik kerja naik bas. Walaupun ada kereta sendiri, tapi aku tak dapat lampu hijau nak drive.huhu..ok jugak, jimat duit. Alat-alat mekap pun minimal. Tapi, aku tetap juga hantar resume ke kompeni-kompeni yang berkenaan dengan kalayakan aku.

Ketiga : Design Engineer
Akhirnya, setelah 8 bulan bekerja sebagai kerani dan melalui beberapa siri interview. Aku dapat kerja sebagai design engineer. 01 Ogos 2005, hari pertama aku bekerja. Oh ya! aku warga kota Johor Bahru sekarang. Pergi-balik kerja bawak kereta sendiri. Sebenarnya masa tu memang belom handal lagi bawak memandu, tapi ahh..belasahh aje lahh...

Memandangkan ini adalah pekerjaan professional pertama aku, maka aku memang betul-betul komited. This is where I develop my engineering skills. I'm so fortunate to have a patient and inspiring employer. Thanks !!. Tanpa disedari, aku semakin lama semakin masuk ke dalam alam pekerjaan, menghabiskan sebahagian daripada hari2 dengan bekerja. Datang pagi, balik malam, sabtu dan ahad pun aku bantai kerja. I even work 7 days a week straight for a month!! Just can't believe it. Without realizing that I haven't go to cinema for quite some time. Tanpa disedari juga, aku hampir 3 tahun bekerja dengan keadaan begitu. I still got my passion, but my mind wanted more. I want more than this!!

My trip to Langkawi, Desaru and Cameron Highland were the times that I spend the whole day for myself, without thinking of my super havoc works. Thank to my friends, always there for me. Then, after almost 3 years, it was time to move on. I wanted to do something else, and expanding my horizon. Setelah sekian lama, aku menggagahkan diri menghadiri temuduga. dan akhirnya melangkahkan kaki keluar dari kompeni ini dengan berat hati.

Keempat : Kompeni Ke-2
Kompeni ni letak duduknya di Bangsar. Mula-mula cuak habis beb!! kerja kt kompeni Melayu! Aku juga warga KL sekarang!! Sewa rumah kt Mutiara Damansara. Suasana kerja memang totally 100% tak sama langsung. Maklumlah, setelah sekian lama bergelumang dengan kerja-kerja untuk Singapore, kali ni kerja untuk projek2 di tanahair Malaysia pulak. Pertama kali kerja di kompeni yang ada ramai staf, drafmen pun ramai. Junior engineeer lagilah ramai. Bos pun ada dua.

Kerja aku di sini banyak melibatkan management dan paperwork. Di sini juga aku belajar pegi mesyuarat tapak, dan segala mala mesyuarat projek. Memang letih. Dan aku cuba untuk menyesuaikan diri dengan suasana kerja yang baru. Aku enjoy dengan kerja baru ni, tapi entah kenapa dan di mana silapnya, aku rasa macam ada yang tak kena. There's something missing in my heart and I couldn't find it. Aku tau ape yang tak kena, tapi tak perlulah diceritakan di sini. I just keep it in my heart.

Sampai satu tahap, aku rasa aku kena keluar dari kompeni ini. dan aku berjaya keluar, meninggalkan seribu satu kenangan manis pahit aku di KL.

Kelima : Kompeni Ke-3
Hanya beberapa bulan di KL, I landed a job in JB. So JB here I come!!. Tapi kali ni aku berdikari, duduk rumah sewa. Lupa nk bagtau, dulu aku menumpang kasih di rumah makcik aku. Rumah sewa kali ni pun berdekatan juga. Tempat kerja? aku rasa ni ofis paling sempoi. Tapi aku berjaya menggunapakai segala kemahiran aku di sini.

Ohh..kompeni pertama juga panggil aku untuk buat part time. So kerja terlebih masa aku bermula semula. Datang pagi, balik petang, masuk kompeni pertama, buat kerja sampai malam. Hari-hari esok pun sama. Tapi part time aku hanya bertahan selama sebulan lebih. Sampai satu tahap, aku rasa dah tak mampu, then I just told that I was unable to continue again. Lucky that my part time bos understands. Thanks!!

Then, my working world come back to normal. But with more and more meetings. And the most important is, I can do what I like to do. Ofismate? memang havoc,dah takdir, rasa macam kerja kt pasar. But I'm having fun here. Bos? he's Chinese, but a bit temparamental..huhu..

Sekarang dah setahun lebih aku keje kat sini. dan yang paling best, aku sambung buat part time lagi..memang terlebih rajin. Mak aku kata aku kerja macam x cukup duit. Aku pulak, I dunno, feel like I'm helping a friend. Sampai bila aku nak kerja sini?
Rencana Tuhan siapa yang tahu...




No comments: