Pages

Friday, May 21, 2010

Top Host 2010

Kepala pening-pening, hidung pun tersumbat. Macam nak demam rasanya. Ini balasannya bila hujan pun buat site visit. Jadi, melayan TV adalah aktiviti terbaik yang boleh dilakukan, nak tidur, petang tadi dah tidur.

Malam ni rupanya final Top Host 2010. Aku sebelumnya memang tak pernah tengok pun rancangan ni. Tengok iklan dia je kat TV3. Hihi..tak sempat nak tengok, tau-tau dah final.

Boleh tahan juga diorang ni. Cuba korang semua bayangkan, dalam masa beberapa minit buat live interview. Nak control neves, nak perah otak supaya dapat keluarkan soalan yang tak nampak bodoh. Nak kena update dengan berita terkini, tapi paling dahsyat ialah nak control muka supaya sentiasa cool. Aku kalau kena buat presentation bila meeting pun neves yang amat. Bahasa pun tonggang terbalik.

Wow, memang cara lah Farid Ridzuan announce pemenang. Ok ni pemenangnya, Syazwani Diana. Terus dapat kerja kat Sri Pentas. Tapi semua bagus-bagus. So tak adalah harapkan rupa aje, tapi otak kosong. Congrate to all!!

Ok lah nak layan CSI pulak, Hindustan cerita tak best malam ni.

(ps: entri ni pun dah beberapa hari aku draf, terlalu banyak kerja jadi terpaksa kepam dulu..hu..)

No comments: