Hari Rabu yang lepas,
Tujuannya adalah untuk memenuhi permintaan pihak hospital ni selaku 'end user' yang tiba-tiba je emo waktu mesyuarat di Putrajaya minggu lepas. Boleh pula mengeluarkan ayat-ayat cinta yang kita orang sebagai consultant ni tak nak datang berbincang dengan pihak hospital. Asyik layankan permintaan HQ sahaja. So, ok kitorang pun pergilah ke sana, buat mesyuarat teknikal sekali dengan lawatan tapak.
Memandangkan kedudukan kewangan aku dan member aku yang tak berapa kukuh ni, maka pihak arkitek dengan senang hati mempelawa kami untuk pergi bersama-sama. Hehe.. terima kasih. Meeting patutnya mula pukul 10.30 terpaksa tangguh ke 11.00 pagi sebab kita orang lambat. Faham-faham aje lah jalan nak ke Mersing tu, bengkang bengkok dengan banyak lori lagi, hujan lagi.
Alhamdulillah meeting berjalan dengan lancar, walaupun sampai sekarang ada beberapa perkara dalam medical term yang masih tak masuk dalam kepala otak jurutera aku. Hehe..Dah habis meeting baru buat lawatan tapak, tapi memang konfius sebab sorang kata makan dulu baru buat site visit, sorang lagi pulak kata buat site visit dulu baru makan. Yang penting perut aku memang tengah lapar. Pagi tu sarapan sikit aje. Akhirnya yang menang ialah site visit dulu baru makan. Ok, aku ikut aje. Gerimis pun main redah aje. Doktor pun selamba aje redah gerimis. Tak ada pula dia buat fatwa kene tunggu sampai reda baru boleh pergi site.
Trip balik ke JB giliran aku pula jadi driver. Aku rasa jahanam la Viva tu tak lama lagi. Asyik termati enjin je kat lampu merah. Asyik terlanggar lubang aje. Tu lah padahnya kalau drive kereta pakai wedges. Tapi perjalanan balik paling kecoh, heii memang kecoh, gelak ketawa sakan, cerita pasal hati pasal boys dan macam-macam hal.
Finally sampai rumah dalam pukul 5, kepala pun rasa macam pening-pening, tak cukup air, tak cukup rehat dengan main hujan.
Tanah lapang tu adalah future development, time ni berteduh kat rumah mayat. hooo......
Korang, inspection tingkap ke?
Makan time!! lagi best kalau ada kicap n sambal belacan, baru layan makan kari
Sibuk-sibuk tengok gambar.
Tonggak 12 Hospital Mersing, ofis korang ada? ofis aku tak ada. Kalau ada pun semua malas nak layan
No comments:
Post a Comment