Pages

Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Friday, January 21, 2011

Black+Purple+Jeans

Hari Rabu yang lepas, tanpa dirancang, kami semua memakai warna yang sama, hitam, purple. Yang bestnya, bos kitorang pun datang pakai T-shirt hitam. Jadi, masa ni ambil kesempatan la posing sana sini kat ofis yang haru biru ni. Tapi kat gambar nampak bersih dan kemas eh ofis saya ni.


Posing kat meja Leong.
Gambar ni ofismate saya dah edit.

Tiba-tiba terselit sorang pakai baju kotak-kotak.
Korang tak nampak dia lari-lari anak ke arah kitorang sebab kamera ni pakai timer.
Macam teddy bear tau.


Tuesday, December 7, 2010

1432H

It' Awal Muharram night. Just finished watching Korean drama Cruel Love, sedih sampai sakit dada. I'm getting addicted to it now. Can't wait for the next episode tomorrow.Ouchhh...

Finally I went balik kampung with my brother last Saturday, fully sponsored as I'm poor now and he's get his salary. Being poor for a year. Hoping that next year will be a lot better. Waaayyy much better. Pray for that.

Met my super-long-time-and-best-friend, Lia. We've been together since kindergarten and still keep in touch, at least during our birthdays. She has two cute princesses and now lives in Parit Buntar and can drive a car now. That's my girl.

Ooo I just missed our good times before.



1432 : Hijrahlah ke arah yang lebih baik, dunia dan akhirat sebagaimana yang dipinta dalam doa awal tahun.
1431 : Jadikan ingatan, pengajaran dan pengalaman berharga.

Tuesday, October 26, 2010

Our Best Time

Sebenarnya tengah cari nama hotel yang aku pernah tido waktu cuti-cuti ke Desaru. Tiba-tiba terjiwang pula. Ini ialah lawatan besfren aku ke JB pertama kalinya dari Perlis.

This was 2008, February. Tapi aku kurus lagi. Sekarang dah mok-mok. haha

Saya rindukan anda semua!! Tahun ini tak ada rezeki untuk bercuti bersama-sama. Tahun depan Insyaallah kalau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki kita bercuti lagi.

Baju oren tu Mek Yani

Miss U all!!



Tuesday, October 5, 2010

Wedding Ili

Ini adalah wedding housemate aku yang kedua sejak aku berumah sewa ni. The first was my dear friend Sal, our housemate in back Mutiara Damansara. Minah ni la yang heret aku duduk KL. Hahaa..Aiseh, rindu pulak kat makcik tu.

Wedding housemate aku kali ni kat Batu Pahat je. Bagus juga dekat dengan kampung. Sebab aku bukan la orang yang rajin datang kenduri rumah orang jauh-jauh ni. Melainkan kenduri yang mak abah aku rasa nak datang dan aku kena jadi driver. Ada ke pemalas sampai macam tu eh..

Janji dengan kawan-kawan nak datang pukul 2. Pukul 10.30 pagi baru nak balik kampung. Pukul 2.30 barulah sampai ke tempat kenduri. Godeh-godeh parking jap, pas tu masuk la dewan. Masuk dewan terus konfius, nak makan dulu ke, nak salam pengantin dulu. Salam dulu lah..pas tu makan kenyang-kenyang. Lepas tu boleh balik.

To my dear roommate, selamat pengantin baru, wish u all the best with your new life. U punya wedding gift tunggu I gaji lah..haha..

Amik gambar dulu kat parking,
apasal budak Ard ni macam nak kiss aku pula..haha..wangi ehh..

Ini kek dia

Ini gambar pengantin.

Monday, August 16, 2010

Buka Puasa Kat Stulang

Berlaku hari Jumaat yang lepas. Semua ini ialah rakan-rakan se-ofis. Melayan mood hari Jumaat yang sememangnya malas bekerja, jadinya melayan perut ajelah. Jadinya semua menuju ke Stulang, tempat makan tepi laut yang ala-ala happening kat JB ni. Boleh nampak Singapore kat seberang.

Sampai sana dalam pukul 6.45, order lauk lebih kurang. Masa tu orang dah mula ramai. Lauk pulak sampai awal, akibatnya semua termenung depan lauk dan air. Huhu..Nasib baik aku dah dewasa, tak adalah meleleh air liur. Masuk aje waktu berbuka, kedai makan pun dah penuh sesak.

Selamat menjamu selera!!

Tengok sotong tu, macam cekodok ehh..

Semua orang sibuk main handphone, aku sibuk ambil gambar diorang.

Budak 2 orang ni pun sama

Kerabu mangga yang yummyy..


 

Friday, July 9, 2010

Tengok Wayang - Cerita Twilight Eclipse


(Google Image)
Serigala jadian dan pontianak - Ehehh..logik tak?


(Google Image)
Edward, Bella n Jacob.


Malam tadi tengok Twilight-Eclipse. This is their 3rd sequel. Last 2 movies aku tengok kat dvd aje. Tu pun lepas baca buku cerita. Baru naik mood nak tengok movie dia. Eclipse is a lot better than the last 2 movies. Waayyy better. More action, more fights. More vampires.

Hmm, suka Jacob ke suka kat Edward, aku suka Jacob. Tapi Bella sapu 2-2. "I love him(Jacob) but I love you(Edward) more". Tu lah kuasa cinta. Ekeke..tapi kan, body Jacob itu amatlah sedap dipandang dan ingin dipegang. The warewolf, even it's super huge, but really lovely, and the fur is so real, thanks to good cgi works. Ooh, aku tengok movie ni dengan ofismate, Ard n Cikyang. Dah lama tak tengok movie sesama. Last movie pun dah tak ingat cerita apa.

Balik rumah dalam pukul 12 lebih. Masuk rumah aje rasa macam pelik, apasal ada basah-basah ni. Mula-mula ingat sebab hujan lebat petang tadi. Tapi bila pijak karpet, basah. Oo great. Salur mesin basuh tu rupanya tak kat tempat yang betul. Tak pasal kena lap satu rumah. Tengah-tengah malam. Hangin tak? Nasib baik tak ternangis.

Tuesday, July 6, 2010

Besfren's Rule

Sms yani - I just broke up my bf, let's have a vacation. Serves me right

Me- whatt?? Hahaha..

Kat tengah jalan tu juga aku tergelak. Aku pun tak tau nak buat reaksi apa masa tu. Respon pertama, sms my other friend. And our reply were same! We both laughed!! Sorry gal. No offend ok!

Malam tu pula, dapat lagi sms merajuk sebab aku tak reply. Then another sms saying sorry for ignoring us. Lagilah aku rasa nak ketawa. Tapi perut lapar punya pasal, jadi aku memikirkan hal perut aku lagi penting. Makan nasi goreng tomyam+kerang bakar+nes o. Baru akal aku boleh fikir. Tadi lepas meeting pergi lunch juga. Lunch fish n chips yang macam hampeh.

So apa motif aku menceritakan hal ni semua. Kesimpulannya, bestfrens are for best and worst times. Kalau besfrens waktu happy lain, waktu sedih lain, besfren kah namanya itu? Well at least keep in touch. We have ups n downs in life. Sharing it will helps you a lot.

My advice is that yani, you're with the wrong man again. Again. This is not your 1st time, the right one will come to you later. Pada aku, nak minta maaf tu tak perlu. It's just that you to get back on your feet again. Wonderland is over.


(by google image)
Ehh ada kene mengena tak?

(by google image)
This is what I mean


A Night Out

Dah lama dah aku draf. Makan malam kat Vivo. Dah lama tak keluar malam. Tujuan utama ialah nak beli beras sebab beras rumah dah habis. Lepas tu nak beli barang-barang lain. Tapi yang penting makan dulu sebab perut aku lapar. Masuk Vivo je terus jakun, memang cantik interior dia. Sebelum makanan sampai, aku dengan Ili sempat la posing-posing. Siap makan dah pukul 10, kelam kabut masuk Jusco beli barang dalam masa 20minit. Hee cepat tak kitaorang beli barang-barang.


Pose sorang-sorang

Ni turn aku pulak

Aku dan Ili

Sedap tau air ni

Pizza tu aku punye. Yey!!


Korang perasan tak, kaler pink. Tu sebab lampu dia warna pink. Sooo girlish..

Wednesday, June 23, 2010

Anak Siapa Ni..

Semalam lepas kerja kitaorang semua pakat nak tengok baby ofismate aku. Pukul 6.30 bertolak dari ofis, sampai Kulai dah dekat pukul 8. Mak aih, sikit punya jauh rumah si Zaini nih. Aku rasa sampai perut aku lapar tak sampai-sampai lagi.

Masuk je rumah Zaini, tiba-tiba ada anak anjing sesat kat halaman rumah. Comel..Tetiba teringat dulu pernah gak ada seekor anak anjing menumpang kasih kat rumah sewa. Dalam rumah lagi lah meriah, ada tuk, nenek, mak mentua, adik ipar. Keluarga kembangan.

Lepas tu isteri dia pun keluar bawa baby, semua dah sengih-sengih tak sabar nak tengok anak sulung si Zaini ni. Tak lama lepas tu mak dia pulak keluar bawa mee kari. Yey!! perut memang tengah bunyi-bunyi pun. Sambil makan, sambil melayan tuk dia yang umor dah 80 lebih.

Oppss aku memang tak pegang baby tuh. Takut..Kang patah riuk anak orang. Kawan-kawan lain selambe aje pegang-pegang. Aku setakat main-main kaki tangan dia aje.


Ni dia baby Zafran, apa tah nama penuh dia, panjang sangat. Muka macam pak dia.

Ololo.. Cikyang tengah pegang baby.

Haa.. yang ni memang tengah amik aura. Mana tau pas ni pegang baby sendiri lak. hehe


 

Wednesday, June 16, 2010

Prudential Talk

Aku temankan housemate aku, Ili datang dengar talk kat Cityplaza. Badan penat-penat sebab pagi tadi baru balik dari Putrajaya dan terus ke Seri Alam untuk site meeting. Tapi ok aje, aku boleh layan.

Talk ni pasal career life sorang ejen insurans ni, macam mana dia approach clients. Walau pun aku bukan ejen, tapi applicable. Macam mana dia develop self confidence, skil bercakap, macam mana nak tackle masalah, macam mana kita present diri kita, macam mana kita disiplinkan diri sendiri, rajin. Semua tu memang berguna. Memang normal masa mula-mula tu rasa takut dan tak yakin. Dan adalah normal yang semua orang rasa macam tu.

Yang bagusnya, setiap awal tahun, dia akan set target dan finally dia berjaya capai target. Tak la macam aku ni, awal tahun target tak agak-agak tapi tak ke mana pun. Dia juga cakap, setiap kesabaran ada bayarannya. Lagi satu, kita akan selalu gagal kerana terlalu banyak alasan. Kita akan berjaya kalau selalu cari jalan. Maknanya kena usahalah. Duit tak datang golek-golek.

Inspiring. Yes.
Khusyuk semua

Aku dan Ili

Nice warm OldTown Mocha White Coffee.

Friday, June 11, 2010

Cerita Malam Ni...

Demam Piala Dunia dah mula. Aku pun join sekali tengok opening game. Pening jap tengok satu stadium warna kuning. Warna tuan rumah rupanya.

Tapi bukan nak cerita pasal World Cup pun, aku bukan big fan. Nak cerita yang Rabu lepas aku demam. Mula-mula batuk-batuk, budak-budak ofis aku cakap macam batuk tak ikhlas aje. haha.. Tapi paling rasa badan tak berapa best ialah hari Rabu. Konon-konon sebelum masuk ofis, nak pergi klinik dulu, ambil ubat. Tapi bila masuk bilik doktor, dia kata muka aku merah, hidung merah, tapi dia tak ambil suhu badan pun. Dalam hati punyalah rasa nak ketawa, aku pakai blusher!! kat hidung pun tepek juga !! He's too old to notice my blusher kah?

Apa-apa je la doktor ni.

Yang penting memang aku demam pun, yang paling best, aku dapat MC sehari, boleh rehat puas-puas kat rumah. Yang tak berapa best, terpaksa cancel plan nak cuti hari Jumaat sebab dah MC. Yang paling tak boleh tahan, demam-demam pun boleh masak bubur ayam, siap cari resepi kat mesra.net. Nasib baik menjadi dan sedap (ehh ye ke?). Yang kawan-kawan ofis aku tak puas hati sebelah malamnya boleh layan wayang The Killer (plan asal nak tengok Legenda Budak Setan tapi cancel sebab seat dah penuh,malas nak tunggu next session).

Thursday, June 10, 2010

Makanlahh Korang..

Malas nak cerita banyak, korang tengok lah sendiri..

I like !!

Serbuuu..

Semua jakun dengan pizza

Kenapa aku semakin tembam, kulit pun makin gelap..huhu..


Friday, May 21, 2010

Kupon RM 29.90

Semalam waktu lunch break ada la 2 orang akak ni masuk ofis. Walaupun dah sedia tergantung di pintu ofis "Salesman Not Allowed" tapi nak dijadikan cerita, akak 2 orang tu pun masuklah.

Diorang bawa brochure, pasal kecantikan. Memang menarik pun, sampai kitaorang satu ofis beli. Bayar RM 29.90 dapat macam-macam. Bila diingat-ingat dulu pernah juga beli kupon Burger King. Ada banyak gila kupon Buy 1 Free 1. Yang ni pula, beli kupon RM 29.90 dapat facial percuma dan 2 lagi servis slimming percuma. I like !! i like !!. Kat Batu Pahat pun ada juga, so kalau aku tak sempat nak buat kat JB, boleh terus ke Batu Pahat.

Bila difikirkan balik, waktu tengah gawat ni lah macam-macam promotion datang. Yang ni aku rasa menarik dan berbaloi, so aku pun sebat aje lah. Member se-ofis pun ambil juga, boleh buat facial bersama-sama. Heee...

Tadaaa.....

Ni yang free services

Ni pulak kupon yang diskaun 50% dan Buy 1 Free 1


(ps: aku rasa magic hari ni, boleh buat 3 entri sehari)