Aku temankan housemate aku, Ili datang dengar talk kat Cityplaza. Badan penat-penat sebab pagi tadi baru balik dari Putrajaya dan terus ke Seri Alam untuk site meeting. Tapi ok aje, aku boleh layan.
Talk ni pasal career life sorang ejen insurans ni, macam mana dia approach clients. Walau pun aku bukan ejen, tapi applicable. Macam mana dia develop self confidence, skil bercakap, macam mana nak tackle masalah, macam mana kita present diri kita, macam mana kita disiplinkan diri sendiri, rajin. Semua tu memang berguna. Memang normal masa mula-mula tu rasa takut dan tak yakin. Dan adalah normal yang semua orang rasa macam tu.
Yang bagusnya, setiap awal tahun, dia akan set target dan finally dia berjaya capai target. Tak la macam aku ni, awal tahun target tak agak-agak tapi tak ke mana pun. Dia juga cakap, setiap kesabaran ada bayarannya. Lagi satu, kita akan selalu gagal kerana terlalu banyak alasan. Kita akan berjaya kalau selalu cari jalan. Maknanya kena usahalah. Duit tak datang golek-golek.
Inspiring. Yes.
Khusyuk semua
Aku dan Ili
Nice warm OldTown Mocha White Coffee.
No comments:
Post a Comment