Pages

Wednesday, June 16, 2010

My First Car Accident

Ada banyak benda yang jadi dalam tempoh beberapa hari ni. Yang paling tragis ialah aku eksiden.

Aku dalam jalan nak balik Parit Raja hari sabtu pagi tu, sepatutnya aku balik Jumaat malam, tapi sebab aku balik ofis lambat, mata pun dah berat, so aku bagitau mak aku nak balik pagi.

Entahla..dah memang ditentukan yang pagi tu aku akan eksiden. Aku kalau nak diikutkan memang tak nampak pun kereta kat depan aku. Rupanya kereta tu brek sebab lori kat depan dia berhenti nak belok kanan. Fyi-aku kat lane laju, dan memang laju.

Sedar-sedar ada kereta kat depan mata, sempat brek tapi dah dekat sangat, pasrah hentam bontot waja.

The moment I hit the car, breathless, sakit dada, paralysed. Kepala pun tak boleh proses apa yang dah jadi. Sampaikan matikan enjin, buka seat belt dan keluar kereta pun semua orang-orang keliling suruh.

Orang pertama aku bagitau ialah adik aku, lepas tu pakcik aku. Mak abah tahu lambat sikit. Pakcik aku ni main simpan rahsia. Next is friends and housemate. Lepas tu, biasalah prosedur segala mala. Dalam lepas zuhur baru selesai semua. Baru lah rasa badan sakit.

Luckily masa aku langgar tu aku tak sempat nak rasa takut, nervous, jadi setakat ini aku tak ada rasa fobia. Rasa terkejut pun sekejap aje. Boleh lagi drive. Syukur.

Mak kata aku kena muhasabah diri. Setiap yang berlaku ada yang tersurat, tersirat. Betul tak? Aku percaya ada hikmah semua ni.


Kesian my baby..

Sedeyyy...

Ni Waja yang aku langgar..

1 comment:

~*irjune*~ said...

sabar aje la...kita mmg ditakdirkan menghadapi situasi yg sama cuma berbeza keadaan..eksiden..oh tidak..maybe ada hikmah semua ni