Pages

Wednesday, June 16, 2010

My Cousin's Wedding

The next day after the accident is my cousin's wedding day. Sunday

Memandangkan aku dalam kategori pesakit makanya aku pun datang rewang hari Sabtu petang (pagi tu langgar kereta orang..huhu) cuma nak tunjuk muka aje. Tapi jejak aje rumah Pak Uda, semua tanya aku ok ke tidak. Mestilah aku jawab ok. Tak pasal-pasal glamer sekejap petang tu. Yang bestnya selepas petang tu, aku dah officially tak ada kereta. Maknanya kene naik motor lah. Huhu..

Hari malamnya pun aku tak datang rewang. Mak abah dengan Umar je yang datang rewang. Aku tidur tak sedar diri. Ohh lepas magrib tu hantar sepupu aku pergi bus stand, dia nak ke Kelantan, wedding besfren dia. Yang bestnye, bila sampai sana je, bas dah jalan, terpaksalah kitaorang kejar bas. Finally berjaya juga dia naik bas kat Bukit Pasir.

Ahad tengahari, terpaksa ding dong cousin aku yang lain untuk ambil aku kat rumah. Pakai kebaya, kain ketat, mana boleh naik motor. Huhu..Dah macam pesta manik segala. Macam dah pakat-pakat semua nak tayang manik kat rumah Pak Uda. Sib baik aku punye baju dah ada manik siap-siap.

Makan jamuan, nasi beriani, beriani kambing (yummyyy), beriani lembu dan paling best ada ayam golek. Tapi waktu aku makan tu dah nak habis stok ayam golek, tapi dapatlah juga merasa. Sedap. Lepas makan, macam biasalah duduk dengan sepupu semua menggosip dan menggosip lagi. Sekali-sekala jumpa, memang riuh.

Memandangkan kenduri rumah pak cik sendiri, semua ringan tulang nak rewang. Tapi macam tak senonoh juga, buat-buat rajin depan Pak Uda & Mak Uda jer. Hehe.. Ok lah tu..Anak sedara diorang ni semua spesies macam ni. Paling best, semua memang jenis suka ketawa dan tak kisah. Happening la jadinya.

Oklah bagi korang tengok gambar pulak..

Pelamin- buat sendiri tau, bukan mak andam punya

Newlyweds - Asan & Ifa

Mak dan anak-anak PakLong, Kak Ita, Kak Cham

Boy-cousin-merangkap tukang buat ukiran buah-buahan meja pengantin

Memang rajin pak cik aku ni

Aku dan anak-anak PakNgah dan Umar

No comments: