Pages

Friday, June 11, 2010

Cerita Malam Ni...

Demam Piala Dunia dah mula. Aku pun join sekali tengok opening game. Pening jap tengok satu stadium warna kuning. Warna tuan rumah rupanya.

Tapi bukan nak cerita pasal World Cup pun, aku bukan big fan. Nak cerita yang Rabu lepas aku demam. Mula-mula batuk-batuk, budak-budak ofis aku cakap macam batuk tak ikhlas aje. haha.. Tapi paling rasa badan tak berapa best ialah hari Rabu. Konon-konon sebelum masuk ofis, nak pergi klinik dulu, ambil ubat. Tapi bila masuk bilik doktor, dia kata muka aku merah, hidung merah, tapi dia tak ambil suhu badan pun. Dalam hati punyalah rasa nak ketawa, aku pakai blusher!! kat hidung pun tepek juga !! He's too old to notice my blusher kah?

Apa-apa je la doktor ni.

Yang penting memang aku demam pun, yang paling best, aku dapat MC sehari, boleh rehat puas-puas kat rumah. Yang tak berapa best, terpaksa cancel plan nak cuti hari Jumaat sebab dah MC. Yang paling tak boleh tahan, demam-demam pun boleh masak bubur ayam, siap cari resepi kat mesra.net. Nasib baik menjadi dan sedap (ehh ye ke?). Yang kawan-kawan ofis aku tak puas hati sebelah malamnya boleh layan wayang The Killer (plan asal nak tengok Legenda Budak Setan tapi cancel sebab seat dah penuh,malas nak tunggu next session).

No comments: