Semalam lepas kerja kitaorang semua pakat nak tengok baby ofismate aku. Pukul 6.30 bertolak dari ofis, sampai Kulai dah dekat pukul 8. Mak aih, sikit punya jauh rumah si Zaini nih. Aku rasa sampai perut aku lapar tak sampai-sampai lagi.
Masuk je rumah Zaini, tiba-tiba ada anak anjing sesat kat halaman rumah. Comel..Tetiba teringat dulu pernah gak ada seekor anak anjing menumpang kasih kat rumah sewa. Dalam rumah lagi lah meriah, ada tuk, nenek, mak mentua, adik ipar. Keluarga kembangan.
Lepas tu isteri dia pun keluar bawa baby, semua dah sengih-sengih tak sabar nak tengok anak sulung si Zaini ni. Tak lama lepas tu mak dia pulak keluar bawa mee kari. Yey!! perut memang tengah bunyi-bunyi pun. Sambil makan, sambil melayan tuk dia yang umor dah 80 lebih.
Oppss aku memang tak pegang baby tuh. Takut..Kang patah riuk anak orang. Kawan-kawan lain selambe aje pegang-pegang. Aku setakat main-main kaki tangan dia aje.
Ni dia baby Zafran, apa tah nama penuh dia, panjang sangat. Muka macam pak dia.
Ololo.. Cikyang tengah pegang baby.
Haa.. yang ni memang tengah amik aura. Mana tau pas ni pegang baby sendiri lak. hehe
No comments:
Post a Comment