Pages

Friday, June 25, 2010

Apa Pasal Hari Ni Aku Blank

Hari ini kepala aku macam blank sekejap. Tak tau nak proses apa. Hari ni balik kerja awal, pukul 7++ tu kira awal lah, selalunya aku balik dah tak nampak matahari.

Ohh apasal kepala aku blank. Entah, tiba-tiba aje aku rasa macam tak tau nak buat apa petang tadi. Tiba-tiba terkena memory loss. Bila aku ingat-ingat, minggu lepas, waktu magrib tu aku dah sampai kampung. Last week tumpang ofismate aku balik BP. Balik JB naik bas. Naik bas ?!! (dah lama sangat-sangat la aku tak naik bas balik JB)

Selalunya, hari Jumaat, pas kerja aku suka singgah Plaza Pelangi, ada Metrojaya kat situ, aku memang suka menjamu mata. Layan mata, window shopping sorang-sorang. Ehh..window shopping ke? Ada je benda nak dibeli. Hee..

Tengah cari-cari muka blog baru, tapi nape la semua tak berkenan di hati. Bila dah berkenan, upload, jadi lain pula. Aku ni tamak kot, nak layan Om Shanti Om dengan nak cari muka blog baru, semua serentak. Terus pecah 2 kepala.

Layan lah dua-dua..Jom..
(tiba-tiba teringin nak makan cheesecake..waa bestnyee..)


No comments: