Pages

Monday, July 19, 2010

Gotong Royong Perdana Keluarga Kemin

Kenapa aku bagi nama ni? Sebab ni semua keluarga belah mak aku. Nama tok aku Kemin.

Tujuan utama ialah membersihkan kawasan rumah pak cik aku. Lagi 2 minggu dia nak bernikah. Jadinye kenalah kemas-kemas sikit. Kemas baanyaaakkkk. Luar dan dalam. Semua sepupu, mak sedara, pak sedara join sekali. Yang mak sedara datang bawa sarapan. Termasuk la mak, dia bawa keledek goreng dengan sambal kicap. Aku bangun tidur pukul 8, dah siap dah keledek goreng satu dulang kecik. Magik tak? hehehhh..

Kat luar rumah, bersihkan kawasan keliling, tebas rumput, susun balik pasu. Buang yang tak berkenaan. Aku rasa pasu bunga arwah Mak Yan tu tiga lori ada agaknye. Banyak betul.

Yang kat dalam rumah,extreme makeover. Kalau tak salah ada 5-6 kabinet dapur,semua penuh dengan barang-barang. Apa yang kitaorang buat- susun semula barang-barang, yang rasa-rasa tak pakai, buang. Lepas tu susunatur balik kedudukan kabinet tu semua. Fuhh...penat woo..Finally nampak luas sesangat la dapur rumah pak cik aku ni.

Abah yang pakai baju biru, Apit yang pakai baju coklat tuh.

Nampak motor-motor tu semua, macam sekampung je, padahal semua tu famili sendiri.

Setong air sirap ais, kuih dan makanan lain kt bawah, dan rokok yang berkotak-kotak.

Wak Chem

Selepas gotong royong...

Apit yang kurus sekilo lepas angkat pasu. Tapi muncung tetap maintain. hehhee

Aku yang kepenatan dan gatal-gatal badan, baring sebelah mak kucing. Kentut dia busuk seyhhh..

Gaya menetek-melintang patah, membujur lalu. Mak dia tak amik pot pun.
Diorang ni tak ada kena mengena pun dengan gotong royong tu. Saje-saje enterframe. Boleh ehh?



No comments: