Dah lama tak merapu. Lepas cuti raya ni kerja memang menambun. Hari pertama kerja dah kena pegi meeting kat Putrajaya. Pakai baju kurung lagi. Raya lagi la konon-konon. Tapi yang tak bestnya, kena tembak pulak. huhu.. Terus hilang ayu ala-ala tu. Iskk.. Lagi best, Jumaat pun kena naik Putrajaya lagi. Adoi memangla meletihkan. Macam dekat aje kan?
Tahun ni tak buat open house, tak pergi open house. Tahun ni agaknya lembab sikit. Semua benda malas. Apasal eh? ke memang otak aku yang rasa macam tu. haha..Nasib baik budak-budak ofis ni ada bawa kuih raya. Merasa juga makan kuih raya diorang. Kuih raya aku dah habis, memang ngam-ngam stok raya. Sorilahh..hehe.
Berita baik ialah bilik kosong rumah aku dah ada penyewa. Ringan sikit nak bayar sewa kat Pak Haji tu. Aku pun tak de la asyik nak buka iklan kat Mudah tu.
Oklah nak sambung kerja balik semula. Tapi tajuk entri ni macam tak masuk pula. hentam sajalah..asalkan ada tajuk. haha..nampak sangat aku tengah merapu. Memang punggg!!