Pages

Showing posts with label festives. Show all posts
Showing posts with label festives. Show all posts

Friday, February 4, 2011

Happy Rabbit Year

Selamat Tahun Baru Cina. Best wishes kepada semua kaum Cina. Hari ini sampai Ahad melepak rumah aje lah kerja saya. Semalam kitorang satu ofis lunch di Mutiara Hotel. Macam biasa tiap-tiap tahun. Cuma tahun ni simple aje. Staf Singapore tak ada, cuma kitorang, bos lagi sorang dan Kak Lina IEM.

Mula-mula makan YeeSang. Lambung tinggi-tinggi sambil wish all the best. 2nd course pula, sharkfin soup. Tapi memang lama nak tunggu sup tu sampai. Mesti panas bontot waiter tu sebab kena perli dengan Kak Lina. Tapi memang lambat pun. Macam tak ready aje. Padahal restoran tu tak penuh pun. Bos saya pula cakap, ini dah macam kompeni kita, lama betul projek tak masuk, lepas tu baru ada. Bos saya lagi sorang tu sengih-sengih aje la. Sengih aje la, kene perli. Kitorang semua senyum aje la.

Lepas sup tu barulah laju sikit makanan lain-lain sampai. Last sekali penutup-nasi goreng dan buah-buahan.
Dalam pukul 2 baru siap makan. Balik ofis, kemas-kemas meja lebih kurang lepas tu balik rumah. Kiranya hari Rabu semalam macam tak kerja aje. Dah la hari Isnin saya hampir sehari kat bank. Selasa pula memang dah malas kerja. Nak dikirakan memang sepanjang minggu ni tidak produktif.
Balik kampung pula dah dekat pukul 7. Jalan tak sesak. Tapi slow moving. Kat hiway pun banyak kereta. Sampai kampung 8.30 mlm.

Ok berbalik kepada kisah saya dan bank hari Isnin kelmarin. Hari Selasa bos saya pula ambil turn pergi bank. Dia pun senasib juga, kena beratur panjang. Tapi rasanya nasib dia malang lagi kot dari saya. Bila sampai kaunter, officer tu bagitau dia, cek tu masih floating. Maknanya belum clear lagi. Maknanya cek tu baru sahaja di bank-in kan. Maknanya, tukang bank-in cek tu mesti dah kena hamun dengan dia. Makanya, bos saya pun tak boleh ambil duit. Kena tunggu cek clear, lepas pukul 2. Petang tu, terpaksa beratur lagi, lagi panjang. Baru ok.

Ok, cek floating, tak boleh keluar-dia call. Tengah beratur panjang kat bank petang tu-dia call. Dah dapat duit-dia call. Dah sampai tambak dia call. Dah sampai traffic light dekat ofis dia call. Dah sampai depan ofis, dia hon kereta. Pening tak? Jumpa sekejap kat kereta lepas tu saya masuk ofis balik. Baru duduk dia call lagi. Dan ada lagi satu call lepas tu.

Tapi saya dah tak pening, sebab dapat duit. Yey!! Layan aje.

Ok la. Stori dah habis. Selamat Tahun Baru Cina.


ps: teringat Tina mati CNY tahun lepas. Hari ni pula arwah Mak Yan genap setahun meninggal. Sama tarikh dengan birthday sepupu saya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, December 22, 2010

E-Card

Hari ni Uncle Chin hantar Christmas E-Card. Dah lama tak ada orang hantar e-card. Saya rasa masa zaman belajar suka hantar e-card, birthday wish terutamanya. Tapi kalo pc penerima tu tak ada Flash, nasib ler kan. Kalau birthday tu siap ada kene klik kat kek, pas tu kuar lilin, klik kat lilin pulak kuar api dan nyanyi-nyanyi lagu happy birthday. Sweet kan? Sampai sekarang saya rasa e-card tu adalah sesuatu yang sweet.





uncle chin : my colleague in S'pore. Very old man, same age as my dad.

Wednesday, September 8, 2010

Mohon Kemaafan


Salam Aidilfitri Buat Semua
Maaf Zahir Batin Sekiranya Ada Salah Dan Silap Selama Ini
Semoga Syawal Memberi Rahmat Dan Keberkatan Untuk Kita Semua


Tuesday, February 9, 2010

Limau Mandarin dan Kad Merah

Happy Chinese New Year!!

Musim raya tahun baru cina menjelma lagi. Macam biasalah ofis aku akan dilambakkan dengan kad-kad raya dan limau. Mula-mula dapat limau sekotak memang kami semua seronok. Dapat kad raya kaler merah pun seronok, walaupun tak tau ape yang ditulis, cuma baca kompeni mana yang hantar. Rasanya setiap hari posmen hantar kad. Apa ktorg buat dengan kad-kad tu? Ahh..ktorg tepek jer kt partition.

Kotak limau pertama yang ofis ktorg dapat cepat jer habis, asyik nak makan limau jer. Lama-lama dah rasa macam tak heran. Apa tak nye, kat peti sejok kt rumah pun ada beberapa bijik limau. Housemate aku bawak balik, tapi tak makan. I wonder, limau mandarin ni keluar time raya je ke?

Apa-apapun, terima kasih diucapkan kepada kompeni yang menghantar limau dan kad. Tahun depan hantarlah lagi. Terima kasih juga kepada tukang hantar (posmen & despatch) kerana sudi hantarkan ke ofis kami yang tak seberapa ni.

Happy Chinese New Year to all my friends and colleagues!!