Selamat Tahun Baru Cina. Best wishes kepada semua kaum Cina. Hari ini sampai Ahad melepak rumah aje lah kerja saya. Semalam kitorang satu ofis lunch di Mutiara Hotel. Macam biasa tiap-tiap tahun. Cuma tahun ni simple aje. Staf Singapore tak ada, cuma kitorang, bos lagi sorang dan Kak Lina IEM.
Mula-mula makan YeeSang. Lambung tinggi-tinggi sambil wish all the best. 2nd course pula, sharkfin soup. Tapi memang lama nak tunggu sup tu sampai. Mesti panas bontot waiter tu sebab kena perli dengan Kak Lina. Tapi memang lambat pun. Macam tak ready aje. Padahal restoran tu tak penuh pun. Bos saya pula cakap, ini dah macam kompeni kita, lama betul projek tak masuk, lepas tu baru ada. Bos saya lagi sorang tu sengih-sengih aje la. Sengih aje la, kene perli. Kitorang semua senyum aje la.
Lepas sup tu barulah laju sikit makanan lain-lain sampai. Last sekali penutup-nasi goreng dan buah-buahan.
Dalam pukul 2 baru siap makan. Balik ofis, kemas-kemas meja lebih kurang lepas tu balik rumah. Kiranya hari Rabu semalam macam tak kerja aje. Dah la hari Isnin saya hampir sehari kat bank. Selasa pula memang dah malas kerja. Nak dikirakan memang sepanjang minggu ni tidak produktif.
Balik kampung pula dah dekat pukul 7. Jalan tak sesak. Tapi slow moving. Kat hiway pun banyak kereta. Sampai kampung 8.30 mlm.
Ok berbalik kepada kisah saya dan bank hari Isnin kelmarin. Hari Selasa bos saya pula ambil turn pergi bank. Dia pun senasib juga, kena beratur panjang. Tapi rasanya nasib dia malang lagi kot dari saya. Bila sampai kaunter, officer tu bagitau dia, cek tu masih floating. Maknanya belum clear lagi. Maknanya cek tu baru sahaja di bank-in kan. Maknanya, tukang bank-in cek tu mesti dah kena hamun dengan dia. Makanya, bos saya pun tak boleh ambil duit. Kena tunggu cek clear, lepas pukul 2. Petang tu, terpaksa beratur lagi, lagi panjang. Baru ok.
Ok, cek floating, tak boleh keluar-dia call. Tengah beratur panjang kat bank petang tu-dia call. Dah dapat duit-dia call. Dah sampai tambak dia call. Dah sampai traffic light dekat ofis dia call. Dah sampai depan ofis, dia hon kereta. Pening tak? Jumpa sekejap kat kereta lepas tu saya masuk ofis balik. Baru duduk dia call lagi. Dan ada lagi satu call lepas tu.
Tapi saya dah tak pening, sebab dapat duit. Yey!! Layan aje.
Ok la. Stori dah habis. Selamat Tahun Baru Cina.
ps: teringat Tina mati CNY tahun lepas. Hari ni pula arwah Mak Yan genap setahun meninggal. Sama tarikh dengan birthday sepupu saya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment