Yang tak bestnya ialah:
Pagi-pagi dah kena marah dengan bos yang kepala angin. Padahal saya cuma nak double check aje berapa banyak yang dia nak convert ringgit. Boleh aje jawab yes atau no. Lepas tu nak tanya lagi, kenapa ada satu sain aje, selalu kalau cek Malaysia ada dua sign, satu kat atas, satu kat bawah.
Dari JB ke Woodlands yang dekat itu ambil masa sampai sejam. Nasib baik abang kastam kat Woodlands tu hensem.
Tercangak-cangak sorang diri kat Woodlands Centre tu cari bank. Kena la ramah sikit tanya orang kat tingkat baper bank tu. Padahal kat tepi dinding tu dah tepek besar-besar setiap tingkat ada kompeni/bank apa. Mata dah melilau kat makanan. Lapar. Belum sarapan lagi. Kedai Pak Atan dan Makcik Sebelah yang kat depan ofis tutup pula. Terbang angan-angan nak makan roti canai.
Bila sampai bank. Mak aii. Ramainya manusia. Patutlah bos saya suruh saya pergi hari ni. Dia malas nak beratur panjang rupanya. Beratur ok. Tak ada sistem ambik nombor pastu duduk goyang kaki tunggu turn. Beratur sampai kat depan pintu bank tau. Tak apa sabar lagi.
Masih beratur lagi. Macam-macam senaman kaki saya dah buat. Duduk sila atas lantai je yang saya tak buat. Dah 2 jam masih ada 6 orang kat depan saya ni. Ada 2 kaunter je untuk corporate account. Sorang customer dia layan sampai 10-15 minit. Lama betul.
Telefon saya tak berfungsi langsung bila di S'pore. Maklum lah, tak ada roaming. Bukan tak nak buat, tapi saya bukan selalu ke S'pore pun. Sekali sekala aje. Kalau pakai prepaid boleh lagi sms ke apa. Ofismate saya yang kat kereta tunggu parking mesti dah keras. Kesian juga kat dia.
Ok dah sampai turn. Saya pun keluarkan cek dan IC. Pas tu bila officer tu tengok IC Malaysia saya. Dia tanya kenapa nak cash kan. Saya pun bagitau la, untuk JB kompeni punya kegunaan. Lepas tu dia suruh saya kol bos saya untuk konfemkan. Saya kata hp saya tak boleh kol keluar. Nak pinjam telefon ofis dia. Dia dail la no hp bos saya. 2 kali kol tapi tak dapat. Saya pun tak tau nak buat macam mana. Lepas tu dia kata saya tak boleh cashkan.
Lepas tu saya ke kereta yang kawan saya tunggu tu. Kebetulannya masa tu bos saya kol. Saya pun cerita la panjang lebar yang saya tak boleh keluarkan duit. Bos saya kata nanti dia kol pakai no hp kawan saya ni untuk cakap dengan officer bank. Kawan saya ni pakai prepaid. Tapi malangnya, kredit dia pula habis. Ok, kalau kita kat Singapura, pakai prepaid dan terima panggilan. Kita akan di caj juga. Sebab kita pakai diorang punya network. Macam Singtel ke M1 ke. Jadi bila kredit habis, orang kat JB pun tak leh nak kol. Terputus la komunikasi. Kalau kita pakai postpaid, memang sah-sah la tak boleh. Masuk aje Woodlands terus masuk emegency call.
Jadinya kitorang ambil keputusan balik JB terus. Buat apa nak tunggu lama-lama kat sana. Memang tak leh buat apa-apa pun. Bila dah sampai tambak tu baru boleh sms. Sms bos saya bagitau dia saya takleh keluarkan duit. Dia pula balas sms macam apa. Bising-bising sebab tak boleh kontek kitorang langsung. Saya tak balas pun sms dia. Buat bodoh aje. Penat ok beratur lama-lama. Bukannya kitorang ni sengaja takmo kol dia masa tu. Dah memang tak boleh kol pun. Nak buat macam mana kan.
Petang tadi dia datang ofis boleh pula gelak ketawa. Saya pula tengok muka dia macam nak nangis dah. Rasa nak penampar pun ada terlintas juga. Geram. Tadi bukan main lagi kau bebel-bebel. Bila dah nampak muka, kau senyum-senyum pula. Boleh pula tanya baik-baik. Tapi muka saya memang kelat la. Kalau nak ikutkan hati memang tak nak tengok pun muka bulat tu.
Akhirnya esok bos saya kena pergi sendiri. Nasib kau la. Kene beratur panjang.
Saya rasa cek kompeni tu tak penah orang lain cash kan kot. Kalau tak, mesti tak jadi masalah.
Jadinya hari ni, saya tak buat apa-apa kerja pun. Cuma pergi MBJB ambil surat sokongan dan balas email. Lepas tu main internet sampai petang.
Mogok.
No comments:
Post a Comment