Musim raya tahun baru cina menjelma lagi. Macam biasalah ofis aku akan dilambakkan dengan kad-kad raya dan limau. Mula-mula dapat limau sekotak memang kami semua seronok. Dapat kad raya kaler merah pun seronok, walaupun tak tau ape yang ditulis, cuma baca kompeni mana yang hantar. Rasanya setiap hari posmen hantar kad. Apa ktorg buat dengan kad-kad tu? Ahh..ktorg tepek jer kt partition.
Kotak limau pertama yang ofis ktorg dapat cepat jer habis, asyik nak makan limau jer. Lama-lama dah rasa macam tak heran. Apa tak nye, kat peti sejok kt rumah pun ada beberapa bijik limau. Housemate aku bawak balik, tapi tak makan. I wonder, limau mandarin ni keluar time raya je ke?
Apa-apapun, terima kasih diucapkan kepada kompeni yang menghantar limau dan kad. Tahun depan hantarlah lagi. Terima kasih juga kepada tukang hantar (posmen & despatch) kerana sudi hantarkan ke ofis kami yang tak seberapa ni.
Happy Chinese New Year to all my friends and colleagues!!
1 comment:
nak try-try. membe aku bgtau dia x leh post comment.
Post a Comment