Pages

Saturday, February 6, 2010

Aktiviti Hari Ini

Hari ni ada 'spring cleaning' di ofis. Fuhh..memang penat, main badminton pun tak penat macam ni. Tak sangka pulak banyak betul barang2 yang tidak diperlukan. Hampir kesemuanya lukisan2 dan dokumen2 lama. Sakit pinggang jugalah. Dahla semua girls, sorang je hero, jadi kene lah kerja lebih sikit..hehe...

Aku pun ambik kesempatan ni untuk kemas tempat duduk aku. Walaupun rasminya ia adalah working table aku, tapi tak rasminya dah jadi tempat longgokan fail2 pengiraan, drawing dan segala mala kertas yang selayaknya berkaitan dengan bidang kerja aku. Kenapa aku tak duduk kat meja tu? sebab aku banyak buat kerja di meja yang ada software..Meja tu kalau jadi pot tdo pun best jugak, sebab dia tersorok kt belakang.

Tak sempat nak ambik gambar, bole juga buat perbandingan sebelum dan selepas. Cantiklah jugak jadinya. Nampak la tersusun, teratur dan bersih. Tapi takde la grand macam ofis2 yang korang selalu tengok dalam drama tuh..haha..Setakat ni aku belum lagi berpeluang kerja di ofis2 yang cantik macam dalam drama.

Memang banyak kertas2 yang aku dan ofismate aku rasa tak diperlukan lagi yang dibuang. Kalau angkut pakai lori, memang penuh. Kalau jual dengan org recycle pun lumayan jugak..heh..Fail2 yang bersepah pun dah disusun. Yang tak perlu, masuk dalam kotak, label dan sumbat dalam store. Mana yang masih diperlukan lagi susun cantik2.

Yang tinggal sekarang cuma beg sampah yang sarat padat dan berat. Lantai pun jadi berdebu, haa..tu jadi cabaran pak cik cleaner nanti nak vakum lantai.

Semoga hari Isnin nanti kami semua bekerja dengan mood baru..



1 comment:

~*irjune*~ said...

syabas..kerana berjaya mengemas