Ini ialah cerita untuk dijadikan teladan dan pengajaran.
Aku dan ofismate bercadang nak tidur di Desaru hari Sabtu hujung minggu ni memandangkan hari Ahad tu ada kenduri kahwin x-ofismate aku. Survey hotel, ada la yang bajetnya memenuhi citarasa poket kami semua. So telefon la hotel nak book bilik, hotel kata bilik untuk hari Sabtu dah penuh. Kitorang try la buka web hotel lain. Mana tau ada bilik yang murah dan available malam Ahad tu.
Nak dijadikan cerita, aku buka la satu website ni. Kalau tak salah dulu masa aku pergi Berjaya Bukit Tinggi tu book pakai web ni lah. Ada pula bilik kosong kat satu hotel ni kat Desaru. Aku pun dengan gediknya terus book online. Bayar siap-siap lagi. Bila dah print out confirmation reservation tu, baru ternampak yang aku book hari Ahad malam Isnin. Serius la gila terkejut.
Maka bermulalah adegan telefon sana telefon sini sebab nak tukar hari Ahad ke Sabtu. Mula-mula call agen yang aku book hotel online ni, dia kata tak boleh cancel, tak boleh tukar. Polisi kompeni. So aku call hotel, hotel kata boleh tukar, tapi masalahnya bilik penuh. Aku call agen ni balik nak cancel, dia beritahu lagi tak boleh cancel, polisi kompeni. Aku rasa macam baca skrip je agen ni, sikit-sikit polisi kompeni. Polisi lutut ko la..geram aku. Dah la cakap English pun macam apa, bila aku tanya nama, mak aii orang siam rupanya, padanla, lain pesen aje bunyinya.
Member aku try la call bank untuk cancel transaction, bank kata tak ada masalah. Bila call agen tu balik semula, beritahu yang transaction tu tak valid, dia kata tak boleh, nanti dia tunjuk polisi kompeni kat bank. Polisi lagi!..
Paling best, dapat bila email confirmation reservation tu, dia cakap kita buat 2 reservation, lagi la kitorang ni geram. Ada 2 serial number berbeza, yang satu tu betul, yang satu lagi tah dari mana dia cipta. Hairan aku. Last sekali aku reply email diorang dengan tulisan kaler merah, bold, HURUF BESAR, beritahu yang serial number kedua tu tak wujud dan nak cancel reservation tu.
Finally, diorang reply, semua reservation tu dibatalkan dan duit akan refund dalam masa 7 hari. Fuhh lega..
Ini adalah kali pertama dalam sejarah aku book hotel online, terkena macam ini. Selama ini ok aje, tak ada masalah. Ujian Allah..
In Summary:
- Be careful when you do online transaction, especially those with credit cards
- Read all the details/particulars at least twice. Jangan gedik klik button 'next' & 'agree' suka-suka hati
1 comment:
yeap...be carefull not to be gedik tiap kali excited dengan sesuatu benda...nasib baik bleh cancel n nasib baik bank boleh sekat transaction...n nasib baik dapat refund..
Post a Comment