Pages

Saturday, November 13, 2010

Alahai 'Cik Ti'

Sekarang ini, saya dan housemate baru sahaja melongo melihat aksi seekor tikus memanjat pintu dapur. Saya dan housemate duduk statik tengok dia main panjat-panjat. Lepas tu tiba-tiba saya ketawa menyebabkan housemate saya kehairanan. Takut dan geli. Mana tau tiba-tiba dia rasa macam nak attack saya ke? Boleh jadi juga kan? Mana nak lari? Rumah ni bukan besar mana pun.

Sebenarnya itulah pertama kali saya melihat aksi seekor tikus memanjat pintu dapur untuk masuk ke dapur. Malam hari itu cuma nampak dia lompat-lompatkat tombol pintu. Magic juga haiwan ini. Selalu nampak kelibat-kelibat dia aje. Tapi malam-malam macam ini dia memang tak malu nak menunjukkan diri. Adakah dia tau yang saya ini geli dengan dia, jadi dia selamba aje tak kisah nak lalu lalang sini sana. Hebat sangat la konon.

Bukan main lagi surf Internet cara-cara nak halau mende alah ini, tanya kawan-kawan, tapi satu pun saya tak amalkan. Housemate saya yang lagi seorang ni dah beli perangkap siap-siap, tapi kalau dia terperangkap dan meronta-ronta dan berdecit-decit, saya nak buat macam mana? Geli tau...Agak-agak kalau spray dengan Shieldtox tu kena kat mata dia, mata dia buta tak?

Untuk entri ini, rasanya penggunaan Bahasa Melayu semakin baik, walaupun terselit perkataan dari bahasa orang putih.

Ok lah, sekian sahaja. Mesin basuh dah nyanyi-nyanyi tanda baju, seluar, tudung dan pakaian-pakaian kecil telah siap dibasuh. Selamat berhujung minggu !


No comments: