Saya telah demam selama beberapa hari ditambah pula dengan cirit birit yang datang secara pakej dengan demam ini. Hasilnya badan jadi lembik, nafsu makan berterbangan, and toilet has become the most visited place ever!
Mula-mula kena hari Ahad, hari Isnin cuti sakit, Selasa masuk ofis macam biasa, Rabu Raya Haji tu demam balik semula, muntah semua makanan yang tak seberapa, jadinya Khamis dan hari ni duduk rumah aje jawabnya. Dari Ahad sampai hari ni, cuma makan roti,biskut celup Milo, oat dan bubur nasi. Kalau nak dikira jumlah makanan yang dimakan sekarang lebih kurang 1/10 dari potion harian saya. What a small amount!! Kalau makan macam ni setahun boleh terbang 10kilo! Slim terus.
Aktiviti sepanjang bercuti sakit ialah tidur, tengok tv, dan berbaring-baring. Santai aje ehh..macam orang malas pun ada juga.
Ok lah.Selamat Hari Raya Aidiladha. Selamat berhujung minggu!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment