Malas betul nak buat kerja. Nak berblogging pun macam tak ada ilham. Minggu ni baru start kerja, minggu lepas hari Selasa aje masuk ofis. Hari yang selebihnya kat kampung, cuti sakit sambil santai-santai. Dah lama tak sakit teruk, sekali kena, terus seminggu tak datang.
Malam tadi baru la melayan Harry Potter 7. Dah dewasa semuanya, rasanya paling best dalam banyak-banyak siri. Saya punya kegemaran ialah Ron Weasly, dari dia budak-budak, sampai dewasa reaksi muka dia bila dia takut memang best. Walaupun ada beberapa bahagian yang kurang faham tapi masih ok lagi. Mungkin sebab saya tak baca buku dia kot. Yelah bukan peminat fanatik pun, baca buku kemudian follow up dengan movie dia lagi.
Ini la dia Ron Weasly, nama sebenar tak tau.
Malam tadi kereta bos saya kene pecah orang. Akibatnya kunci ofis terpaksa ditambah lagi satu. Ada kena mengena dengan kereta bos kena pecah dengan ofis tak? Macam tak ada relevannya pun, tapi memandangkan namecard bos saya pun kena kebas, kunci ofis pun dikebas juga, kebarangkalian untuk ofis dipecah adalah semakin tinggi. Jadi untuk mengelakkannya, terpaksalah tambah lagi satu mangga kat gril pintu.
No comments:
Post a Comment